Trip ke Penang 2022

Tengah cari-cari lokasi best ke tu nak plan trip ke Penang 2022 ini? Kami baru sahaja ke sana dalam masa terdekat (Mac 2022). Cuma kali ini dalam perjalanan ke Penang tu kami singgah ke Tasek Cermin Ipoh.

Trip ke Penang 2022

Untuk trip kali ini kami tidak lagi tinggal di Golden Sands By Shangi-La, tetapi kami pilih Hotel Hompton By The Beach di Tanjung Bungah. Kami punya trip kali ini lebih relax dan santai. Kalau ke Penang ,anda pun mesti ke Lebuh Armenian.

Trip ke Penang 2022 : Lebuh Armenian, George Town 

Disini memang port untuk bergambar. Kalau nak best lagi boleh ambil motor eletrik dengan harga RM20.00/Jam atau Beca RM30.00/jam. Dengan package beca ini, penunggang beca akan bawa kita ke lokasi cantik untuk bergambar di Street Art ini.

Memandangkan kami nak lebih relax, kami tak ambil mana-mana package, tetapi kami berjalan menyusuri sahaja lebuh ini. Untuk yang nak beli tshirt , key chain dan juga lukis inai, disinilah tempatnya. Tshirt boleh dpt dengan harga RM20-RM35.00 sehelai. Manakala Keychain pula 6 unit RM10.00, dan lukis inai bergantung kepada corak, harga daripada RM5-RM30.00 bagi satu-satu lukisan.

Lawa design² baju yang di pamerkan dengan menggambarkan keindahan dan nostalgia Pulau Mutiara. Topi kanak² Rm15 sahaja, yang berlampu Rm25-Rm28 untuk 1 unit.

Apa yang kena tahu adalah :

1)Parking kereta RM0.80 untuk 1 jam – Wajib install Penang Smart Parking. Mudah je nak guna macam kaedah sama dengan Flexi Parking. Boleh top up menggunakan touch n go e wallet sahaja.

2) Sini ada kedai-kedai makan dan minum, pilihlah yang halal dan kalau boleh memang yang disediakan oleh orang Islam. Harga makanan berbeza dengan kedai biasa, kerana kawasan ini memang kawasan perlancongan.

3) Berhati-hati, kerana jalan ini adalah laluan kenderaan juga. Jika bawa anak-anak kena lebih berhati-hati.

Chew Jetty / Tan Jetty , Georgetown

Masuk kesini adalah percuma. Tetapi yang bestnya anda boleh bayar seorang RM20.00 bagi menaiki bot kecil untuk trip ke sekitar bandar Georgetown. Jika cuaca cantik memang best untuk bergambar. Cuma ini adalah perkampungan orang, maka kena hormati penduduk disini, elak buang sampah merata dan juga jangan buat bising disini.

Tengah panas terik sanggup nak melawat ke Chew Jetty. Laluan tu kawasan rumah orang, sama je dengan perkampungan di #PulauKetam , so behave, dont talk too loud. Bersih perkampungan depa.

Trip ke Penang 2022

Tan Jetty ditutup untuk visitor sebab nak elak drp orang ramai melawat ke kawasan ini. Jadi, boleh ambil gambar dari ruang² yang ada , dicelah² bangunan.

#ChewJetty : Masuk free

📍Chew Jetty / Tan Jetty, GeorgeTown

Untuk Trip ke Bukit Bendera 2022 baca disini.

Tasek Cermin Ipoh

Subhanallah. Sungguh cantik, pembiasan memberikan impak cermin yang cantik sangat.

Masa dah bayar tiket tu, ambil je payung yang disediakan untuk jadikan prop bergambar. Ada payung barulah naik seri gambar kita.

Parking Rm5
Adult : Rm2
Kanak² : Rm1 (bawah 8 tahun kebawah FREE).

📍@tasikcermin.ipoh

What I like about photographs is that they capture a moment that’s gone forever, impossible to reproduce. 🙂 Selamat bercuti. Ini sahaja yang saya boleh kongsikan. Semoga ada rezeki untuk bercuti kesini lagi untuk Trip Percutian ke Penang 2022 dan Trip Percutian ke Penang 2023.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *