Assalamualaikum. Hi kesayangan semua, Cewah! Dah hampir kepada kebenaran rentas negeri? Tengah set itenary nak kemana lepas ni ke tu? Okay , ini antara cadangan UN hotel best di Penang yang mana ianya terletak betul-betul di tepi pantai Iaitu Hotel Shangri-La Golden Sands.
Jika nak ke tepian pantai, mestilah kena ada pelampung kan. Tahun lepas semasa ke Penang dah beli pun, cuma masalahnya lupa letak di mana sebab dah buka angin. Kedua, saiz pun dah berbeza. Setahun berlalu anak dah besar rupanya. Jadi kami beli pelampung sekitar jalan di Batu feringghi ini sahaja. Cuma sedih, tidak lagi semeriah satu ketika dahulu. – Batu Feringghi Night Market 2012
Hotel Best – Shangri-La Golden Sands
Kalau pergi ke Penang, ini antara hotel pilihan kami sekeluarga. Kami akan menginap di Shangri-La Golden Sands. Disini best sebab ada kolam mandi dan tarikan untuk kanak-kanak. Ini yang buat anak happy. Ada pool dan splash zone yang cantik dan juga ia adalah seakan mini kepada taman tema kegemaran anak-anak. Kalau nak stay kat hotel ini kena booking awal tau, always full book! Dan antara pilihan yang ditawarkan jika nak staycation disini boleh la booking menggunakan traveloka
Shangri-La ini sebut je orang dah tahu. Layanan memang superb. Sambil berpeluk ketiak sebab baru sampai tu kan, ada refreshment la sikit. Sekurangnya hilang la kepenantan travel jauh-jauh kan. Sejuk hati UMI tau, walaupun penat menguruskan keluarga dan anak-anak yang dah menggedik tak sabar nak mandi-manda di swimming pool.
Hotel Best di Penang – Beli pemandangan untuk ketenangan jiwa.
Pemandangan pun menarik, dan daripada hotel ini boleh tengok view cantik. Untuk pilihan hotel pastikan nak view menarik masa booking rtu minta sea view tau. Harga dalam RM315.00 per/night. Kalau bukan sea view harga lebih murah sikit la. Apa pun tengok dalam website untuk tawaran harga menarik. Ewah!
Kalau nak tenang pergilah berdua. Sejuk kena angin sepoi-sepoi dan boleh tenteramkan jiwa. Memang best. Honeymoon la sesekali.
Tarraaaaaa, tapi kalau dah nama mak-mak ini, kebahagiaan sebenar adalah bila bersama anak-anak. Makan teringat anak, nak bercuti pun teringat anak tau. Jadi, walaupun penat dan letih dengan kerenah anak-anak kecil, sebenarnya mereka jugalah penghibur hati mak ayah. Pengubat luka dan kebahagiaan sebenar ibu dan ayah. Masa dengan anak-anak ni sekejap je, kena hargai masa ketika mereka kecil, nanti mereka dah besar tak ada dah moment begini.
Pemandangan menarik – jamu mata dengan pemandangan laut dan angin sepoi
Kat atas ini view yang kami hadap untuk 3 hari 2 malam disini. Memang puas hati dan sedap mata memandang ciptaan Allah swt. Ajar anak dan kita pun belajar menghayati keindahan dan kurniaan tuhan. Alam ni cantik dan berharga untuk dijaga dan dihargai.
Tempat ini memang terbaik untuk percutian keluarga. Anak-anak kecil ini mereka menghargai alam dan ‘swimming pool’, jadi disini pilihan kami yang tepat untuk kami bercuti. Ada hotel lain sekitar hotel ini, tapi bagi UN ini yang kami mampu seadanya. Cukup dengan muzik jeritan kebahagiaan anak-anak dan membahagiakan jiwa seorang ibu.
Untuk mereka yang beli set sarapan di hotel boleh makan di cafe, tapi jika nak merasai keenakkan nasi lemak, di hadapan hotel, ada nasi lemak sedap dalam perkarangan PETRONAS yang tak jauh daripada hotel. Turun jalan kaki je dah sampai. Cuma nasi lemak ini tak ada nama. Kami dapat nasi lemak sedap hari Ahad sahaja. Gambar lupa nak snap, sebab yang tak sedap pun ada, beli pada hari Isnin pagi tu, tak sesedap nasi lemak hari Ahad yang mana nasi lemak pertama kami beli. CUMA korang tau le, kat Petronas tu ada nasi lemak best, so kalau beli ikut nasob lah dapat yang mana kan. ..huhuu!
Tepi Pantai – Feringghi
Kena Gigitan Obor-Obor
Pantai sini banyak obor-obor. Manalah kita tahu yang nak kena gigit kan. Nak jadi cerita hari Ahad (26/92021) tu turun ke pantai nak ambil angin pagi. Dalam masa duk main air tiba-tiba angah cakap, sakit kaki. Ummi dah risau. Siap dukung Angah kat belakang la bawa ke lobby untuk dia dirawat. Yer la , first time kan, mana tahu nak buat apa. Pergi je di lobi, pihak hotel ambil cuka dan semburkan pada tempat kena gigit. Dalam masa 20minit rest, terus okay. Cuma kesan tu ada la untuk beberapa hari. Trauma la Angah, terus was-was nak turun main pantai lagi. 🙂
NYAMAN je kan.. nak pergi lagi! Bau pantai, kena pukul ombak semuanya best, dengar deruan ombak…fuh tenang!
Video taken : DJI OM5 https://www.youtube.com/watch?v=3_S_b6R763E
Makan di Padang Brown, Penang
Walau kedai biasa tetapi Padang Brown ada sejarahnya tersendiri Tempat ini kena hidup walaubagaimana pun pembangunan Pulau Pinang. Masakan, menu tradisi disini lambang sejarah dan kehidupan di Pulau Pinang. Sebut Penang- Mesti Padang Kota atau Padang Brown.
Nota Cnp google:
Adalah dipercayai bahawa Jalan Dato Keramat diwujudkan pada abad ke-19. Pada awal abad ke-19, David Brown, seorang warga Scots dan salah seorang pemilik tanah terkaya di Pulau Prince of Wales (kini Pulau Pinang) pada masa itu, menyumbangkan sebidang tanah di sepanjang jalan ke pihak berkuasa tempatan; bahawa sebidang tanah sekarang merupakan bidang yang bernama Padang Brown.
Dah.. setakat ini sahaja catatan perjalanan kami yang mana sebenarnya perjalanan ke sini pun atas urusan kerja yang mana bawa anak-anak sekali kerana tiada pemantauan oleh mana-mana orang kalau tinggal mereka saat ummi outstation. 🙂 2 in 1 , alhamdulillah 🙂 So kalau nak ke Penang, nak cari Hotel Best di Penang ini antara yang recomended!