Alhamdulillah trip ke Bukit Bendera 2022 jadi kenyataan. Walaupun tanpa perancangan rapi, tetapi Allah swt mengizinkan masa yang sedikit untuk kami sekeluarga. Pagi sesebuh hari (5 Jan 2022), kami sampai ke Junjung, Kulim Kedah. Selesai melawat keluarga paksu, kami berkira-kira untuk meneruskan perjalanan kerana cuaca seolah-olah tidak mengizinkan. Namun, alhamdulillah, cuaca yang dilihat mendung, berubah menjadi cerah. Maka, perjalanan yang kami impikan menjadi kenyataan.
📍 Bukit Bendera / Penang Hill | 5 Jan 2022
Harga Tiket Bukit Bendera 2022 :
Tiket dewasa Rm12.
Kanak2 Rm6 (Tiada harga istimewa untuk goverment staff).
Ibrah daripada perjalanan kali ini :
Ketika kami beratur untuk masuk, kami melangkah dengan berhati-hati. Sambil masing-masing menikmati suasana dan juga melihat train Bukit Bendera.
Tiba-tiba, kami didatangi sekeluarga yang ada berkopiah, ada atuk , pakcik makcik dan anak cucu. Melangkah kehadapan kami. UN terus menahan anak-anak daripada berbicara, tetapi perlahan UN bisikkan pada mereka, “Tak pa, Allah dah janji setiap orang ada rezekinya”.
Masa yang kami tunggu pun tiba, train Bukit Bendera sampai. Kami menunggu gate dibuka. Lantas, setelah gate dibuka, sekeluarga tadi cuba berpecah, dengan niat untuk mendapatkan gerabak/coach yang dihujung atas dan bawah. Bermakna mereka cuba untuk pastikan semua ahli keluarga mereka menikmati pemandangan yang cantik tanpa halangan mana-mana orang.
Namun, rezeki tidak berpihak kepada mereka yang mana pada awalnya memintas rezeki orang lain. Sejurus mereka berjalan, keluarga tadi dihalang oleh guard yang bertugas. Mereka hanya dibenarkan kedepan dan memenuhkan coach dibahagian hadapan – yang menuju keatas.
Manakala, kami yang dibelakang dibenarkan duduk di coach yang dibahagian bawah, kalau duduk coach bawah ni , bila train menuju keatas, kita nampak pemandangan jelas lah. Syukur rezeki anak-anak.
Pelajarannya disini, usahalah sekuat mana pun, jika kita nak ambil rezeki orang yang BUKAN rezeki kita, percayalah takkan tercapai jika Allah swt tidak mengizinkan. Dimana-mana pun kita berada, duduk, lihat, dengar dan lihat ibrah disebalik kejadian. Yakin dan percaya bahawa rezeki bukan semata-mata kerana usaha kita, tetapi ketentuan Allah swt keatas setiap orang yang sentiasa berserah kepada Allah dalam setiap yang dia lakukan.
Foto Kenangan Trip Bukit Bendera 2022
Tips Lain :
- Untuk bawa orang tua/parents boleh beli VIP tiket. Maka senang nak tologn wheelchair dll.
- Nak cepat boleh beli tiket online di Klook atau shopee, ramai jual tiket online.
- Bawa air mineral, anak-anak lekas penat. Kat atas tu panas , sebab kena mendaki/ berjalan lebih. Lagi pula open air kan.
- Sedia duit pun haruslah mencukupi jika nak dapatkan servis urut kaki, masuk toy museum atau rumah hantu. Kos seorang daripada RM16-RM20. Kalau 1 keluarga dalam RM100+. (Kami tak pergi pun museum dan juga rumah hantu.)
- Pakai kasut yang bersesuaian lebih baik. Boleh pakai kasut yang flat seperti kasut sukan, Skechers dll.
- Bawa tripod untuk bergambar tanpa perlu susahkan mana-mana orang, tambahan zaman COVID 19 yang tak tahu bila berakhir. Elak daripada minta bantuan orang yang tak kenal.
- Bawa juga facemask extra, mana tau ada yang batuk, terputus tali, dll isu. Nampak simple tapi memandangkan pemakaian facemask wajib, jadi jadikan habit bawa extra. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
- Hand sanitizer pastikan ada dalam beg. Terutama bila bawa anak-anak. Wajib cuci tangan kerap.
- Bawa juga tisu basah/ kain lap. Anak-anak berlari-bermain mestilah berpeluh. Mak-mak wajib ada tisu dll.
- Last but not least, mestilah bateri telefon pun penuh 🙂 Banyak nak snap gambar kat atas sana.
Deen’s Maju
Setelah penat menikmati sesuasana pemandangan dari atas Bukit Bendera bagi Trip Bukit Bendera 2022, tempat yang kami tuju adalah Deen’s Maju. Kepuasan dapat dirasai walaupun kena beratur 20minit sebelum dapat memilih menu pilihan. Antara yang menarik disini, adalah besi / bekas untuk angkat air yang dibuat ‘personalise’ oleh Deen’s Maju. Mudah untuk bawa gelas berisi air, jika bawa lebih daripada 2 gelas. Geliga cara fikir begini. So, kalau nak makan disini, pasakkan kesabaran kerana wajib beratur sebelum dapat menikmati nasi kandar ini. Overall harga murah sangat berbanding restoran lain, nasi kandar sotong dan ayam pun baru dalam RM13.00+. Pencinta nasi kandar, mesti jejak disini. 🙂
Selamat bercuti bagi mereka yang mungkin sedang mencari destinasi percutian atau lokasi nak jalan-jalan di Penang. Kalau nak ke Terengganu – boleh la cuba Snorkeling Di Pulau Kapas. Ini pun menarik dan memang anak-anak ingat memori mereka buat aktiviti snorkeling untuk pertama kalinya.
Ingat follow dan datang lagi baca blog Umminani ya. tq.
Pengalaman AFIQ HALID di Bukit Bendera
Plan nak ke sini balik soon . Nak gi kopi hutan if x silap . Hahahaha
Kena datang sini balik . Nak singgah kopi hutan . Hahaha
aah lah, kak pun tak jum[a kopi hutan. nest nak kena explore lagi lah.
Terima kasih atas perkongsian