Nak jalan-jalan ke Perlis? Ini antara tempat menarik di Perlis 2022 untuk bersama dengan keluarga.
View Point Wang Kelian, Perlis
Kalau berhajar untuk ke view Point Wang Kelian, elok jika dapat sampai awal dalam jam 7.00 pagi atau lebih awal. Dan menariknya kat sini boleh tengok matahari terbit. Jadi pergi awal mudah. Parking sangat limited. Dari bawah tempat parking, kena naik /mendaki jalan bertar, dalam 100 meter macam tu. Tidak sempat nak berpeluh dah sampai. Tapi berbaloi la dapat naik keatas sana. Nak lepak lama-lama macam tak ada banyak ruang, jadi kalau dapat pergi pada weekdays pun cantik. Kami pergi hari orang kerja, ada je orang, cuma tak crowded sangat. Masuk FREE, toilet macam masih dalam pembinaan. Kalau sampai lambat, korang kena parking kat lereng bukit.
Tasik Melati, Perlis
Tasik Melati – kawasan lama yang kini kalau jadi tumpuan pun untuk orang ramai beriadah dan bersukan dengan keluarga. Berbeza dengan suasana suatu ketika dahulu yang mana lokasi ni jadi tumpuan untuk family day dsbnya. Namun begitu, masih cantik untuk kesini untuk brisk walk, joging dan bawa anak beriadah. Boleh dijadikan lokasi pilihan untuk photoshoot juga.
Taman Ular, Perlis
Taman Ular Perlis dah ‘hidup’ kembali. Suasana dah berubah dan makin kemas/ dan bersih. Nak kata cantik itu, masih tahap biasa-biasa lagi. Tetapi menariknya disini, bermain dengan ular adalah PERCUMA, tetapi dengan sikit saguhati. Bermakna tiada bayaran tetap dikenakan untuk seorang demi bergambar. Ada juga kawasan perliharaan kucing, kalau kucing terbiar boleh hantar kesini dengan bayaran tertentu(tak pasti), cuma tak mahal la. Boleh la untuk berpeluh dalam kawasan ni dan cukupkan 2000 steps disini sambil menikmati saat bersama keluarga.
Ladang Nipah Kipli, Perlis
Ini pula Ladang Nipah Kipli, terletak jauh dalam kampung tetapi jadi tumpuan ramai orang. Untuk menikmati bihun sup, nasi ayam, ice kacang dan laksa disinilah seolah one stop centre. Makanan okay, boleh makan la. Dan disini pun cantik untuk sessi bergambar dalam kebun getah. Redup je, bawa anak-anak pun okay, sebab owner pasang buai untuk anak-anak bermain.
Padang Besar Perlis
Alhamdulillah, Padang Besar dah kembali beroperasi. Ceria kembali suasana dengan para penjual. Seronok rasanya dapat menikmati suasana macam ni. Mengimbau kenangan lalu.
Bukit Jernih Perlis
Sungai Jernih, tempat indah lagi permai. Masuk sini percuma. Tetapi kalau nak sewa khemah tu dalam RM100.00 seharian. Pergi awal pagi seronok, boleh mandi manda dengan tenang dan ada juga gerai jualan di buka disini. Bolehla untuk top up air atau beli laksa dan pelbagai lagi jenis makanan.
Okay, itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Jika jalan-jalan ke Perlis jangan takut sebabb sini kebanyakkan tempat masuk murah atau tanpa kos. Jadi berbaloi untuk bawa keluarga jalan-jalan. 🙂 Selamat bercuti di Perlis.