Bangi Wonderland Kini Lebih Selamat Untuk Dikunjungi

Assalamualaikum.  Kami sekeluarga masih excited ini sebab seharian hari ini menghabiskan masa di Bangi Wonderland. Yang menarik tu Bangi Wonderland kini berwajah baru. Ha, tak lah nak katakan 50 % berubah, cuma tahap keselamatan di Bangi Wonderland kini lebih baik. Bangi Wonderland Kini Lebih Selamat dan Ummi lebih yakin kesini dengan keluarga.

Kalau ikutkan journey kami ke sana pada hujung tahun 2016 dan awal tahun 2017 suasana berbeza. Ketika itu, Ummi sendiri rasa kurang “tenteram” bila membiarkan anak kecil bermain sendirian.  Kalau berhajat untuk membaca pengalaman lepas boleh rujuk disini :

Bangi Wonderland Lokasi Terbaik Seisi Keluarga Sempena Cuti Sekolah

Best Tau Mandi Manda Di Bangi Wonderland Water Theme Park

Bangi Wonderland Kini Lebih Selamat Dengan Kemudahan Disediakan

Kawan-kawan saya minta maaf, gambar diatas adalah gambar yang saya screenshot daripada youtube. Disini saya ingin sampaikan yang kemudahan serta tahap keselamatan di Bangi Wonderland kini lebih baik daripada sebelumnya.

Pagar Keselamatan :

Ini adalah pool daripada Body Slide. Pool ini dulu tiada pagar yang dipasang. Kiranya kalau anak-anak kecil yang menemani abang atau kakak mereka terdedah kepada bahaya sebelum ini. Yer la, air yang jernih ini sangat menggoda untuk terjun. Jadi apabila pagar dipasang ianya lebih selamat. Parents seperti saya dan saudara juga mungkin lebih yakin dan hati lebih tenteram.

Gerai Makanan:

Selain daripada cafe yang disediakan ada juga mini gerai yang menjual pelbagai jenis jajan disediakan disini. Kiranya saudara tidak perlu berjalan jauh untuk membelikan makanan ringan untuk dikunyah. Paling menarik kalau di tempat sebegini mestilah jagung dalam cawan kan?

Adik nak berjalan sendirian pun saya dah tak kisah. Sebab ada pelapik ini. So, anak selamat hati mak tenang.

Lapik Kaki Kesat :

Maaf, tidak tahu nak letakkan nama apa bagi pelapik kaki yang berwarna maroon ini. Cuma ianya adalah pelapit yang diletakkan bagi mengelakkan lantai licin. Saya suka, sebab biasanya kalau licin memang mudah tergelincir. Tapi tadi semasa disana rasa selesa sahaja memijak lantai. Kiranya memang Bangi Wonderland amat prihatin akan keselamatan pengunjung disini. Tahniah dan terima kasih diatas ke prihatinan dan rasa tanggungjawab untuk memastikan keselamatan kami sebagai pengunjung selesa.

Gazebo :

Ha, excited sangat nak cerita. Ini paling ketara yang mengubah wajah Bangi Wonderland. Serius naik seri satu hal. Kedua rasa percutian disini amat selesa. Mak-mak yang ada anak kecil macam saya ini, bawa bantal dan pelapik dah cukup untuk memastikan si kecil boleh berehat dan tidur seketika. Selesa sambil duduk jaga anak boleh la menulis atau update blog.

Boleh juga gunakan masa berehat disini untuk update status di media sosial kan? Eh, bukan la bermakna apa kita update di media kita nak riak. Cuma perkara baik mestilah di hebahkan. Manalah tahu kita sedang membantu kawan-kawan untuk menyelesaikan kebuntuan mereka untuk membuat pilihan kemana lokasi hujung minggu atau cuti sekolah mereka. Betul ?

Papan tanda arahan:

Disini kita boleh memilih apakah game yang kita ingin bermain. Cuma bagi Pirates Bay masa untuk ombak dipasang ada jadualnya. Jadi kita boleh setkan masa untuk kita mencuba permainan lain yang ada disini seperti Magic Tunnel, Green Pearl, Anaconda Trail, Body Slide, atau Insane Racer.

Yang best kalau nak bermain ombak mestilah sewa pelampung. So, sebelum ke Pirates Bay pastikan dah ambil pelampung ya. Bukan apa nanti rasa rugi kalau ke sana tanpa pelampung.

Kaunter Khas :

Bangi Wonderland Kini Lebih Selamat

Bagi yang ingin datang kesini cuti sekolah boleh dapatkan tiket online juga melalui 11Street.my , Travelog.com atau Wonderfly.asia. Adakalanya harga disini sangat murah, bergantung kepada Promosi. 

Kalau dah beli online, ingat ada kaunter khas untuk tiket online. Jadi dalam keadaan orang ramai tak perlu lah beratur panjang semata-mata untuk membeli tiket masuk. Untuk promosi semasa harga adalah seperti berikut :

Disember 2017 :

Harga Promosi: 👇🏻👇🏻👇🏻
Isnin – Jumaat: RM150 untuk 4 orang (mykad)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum: RM180 untuk 4 orang (mykad)

(Boleh diguna pakai untuk dewasa dan juga kanak-kanak manakala kanak2 yg ketinggian 90cm ke bawah adalah percuma). Promosi dan jualan tiket bermula dari 1 – 31 Disember 2017. Tidak perlu tempahan/booking.

Pakaian:

Untuk bermain disini tidak diwajibkan untuk memakai pakaian renang, cuma jika ada pakailah. Antara sebabnya perlu memakai pakaian yang bersesuaian adalah kerana ianya akan mempengaruhi permainan.

Contohnya, bila Ummi pakai baju tshirt cotton masuk kem Body Slide seakan tersangkut. Huhuu, bukan salah waterpark tapi salah saya sendiri. So, pilih pakaian yang bersesuaian. Bagi WANITA ISLAM, wajib tutup aurat dan jadikan adik-adik diatas ini sebagai contoh dan teladan. Masih boleh bermain dengan mengekalkan keindahan Islam.

Saudara boleh tengok sendiri keterujaan anak-anak Ummi bermain disini. Serius memang semua rasa seronok . Dan nak tahu, inilah kali pertama kami kesini dan balik pada jam 4 petang. Kalau sebelum ini jam 1 tengahari kami dah balik. Kiranya bagi peluang lah untuk depa bermain dengan hati yang tenang. Heavan sebab abah pun bagi chance! Kalau tidak jangan harap okay!

PROMOSI TERKINI DI BANGI WONDERLAND SEMPENA CUTI SEKOLAH 2017: Bangi Wonderland Kini Lebih Selamat dan Promosi Yang sangat awesome!

Bangi Wonderland Kini Lebih Selamat

Bersempena promosi Cuti Sekolah akan diadakan SHOWCASE GEMPAK GILER yang dimeriahkan dengan persembahan ARTIS-ARTIS TERKENAL tanahair bermula jam 2 petang pada tarikh:

2 Disember (Sabtu): Ameng Spring & Ezad Lazim

3 Disember (Ahad): Dato’ Awie & Siti Nordiana

9 Disember (Sabtu): Amy Search & Nico G

10 Disember (Ahad): Khalifah & Projector Band

Ha, macam-macam promosi dan khabarnya semua artis ini adalah dibawakan khas semata-mata untuk membuatkan pengungjung yang hadir lebih terhibur. Ianya juga sebagai memeriahkan suasana dan sebagai jamuan “jiwa” kepada ibu bapa yang menunggu anak-anak berhibur di sini. Jadi jom sama-sama kita kesana. Untuk saudara pembaca yang ingin menonton video rakaman kami boleh tonton klip dibawah.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Website: www.bangiwonderland.com.my
Facebook: www.facebook.com/bangiwonderlandwaterpark

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge