Selepas bersalin , pelbagai perubahan ketara terhadap fizikal dan juga emosi pasti di rasai oleh ibu. Selepas proses bersalin, ibu-ibu wajib tahu apa perlu dilakukan . Ummi ada pengalaman bersalin di HKL sebanyak 2 kali. Bersalin dan menjaga diri bermula di hospital lagi. Penjagaan selepas bersalin sangat mudah jika tahu caranya.
Menarik : Mandian Herba Selepas Bersalin
Apa perlu di buat di hospital?
Semasa dan sejurus selepas bersalin ibu akan dipindahkan di wad. Di wad hanya ibu dan jururawat sahaja. Tiada ada peneman di kala malam. Tapi penting untuk ibu jaga emosi dan juga menjaga luka setelah bersalin. Selepas bersalin pastikan minyak herba ada bersama ibu.
Mulakan dengan beberapa perkara penjagaan selepas bersalin:
Pertama : Sapukan minyak herba di tengkuk, kulit kepala dan kaki serta bahu untuk mengurangkan ketegangan urat. Secara tidak langsung akan membuatkan ibu lebih rasa tenang dan relax.
Kedua : Sikat dan ikat rambut dengan kemas. Ini membantu untuk melegakan rasa pening. Boleh juga menyapu sikit minyak di kepala.
Ketiga : Elakkan minum air sejuk dan berais. Minum banyak air suam supaya perut tidak kembung. Untuk menggalakkan susu ibu , ibu lepas bersalin boleh minum air dan tidak perlu dihadkan. Boleh juga minum Go Milk atau Go Gochoc untuk membantu menambahkan penghasilan susu.
Keempat: Pastikan memakai stokin dan memakai bajulengan panjang supaya tidak mudah sejuk.
Tuam, Bengkung dan Urutan – Kepentingan selepas bersalin :
Selepas bersalin amat penting untuk tuam bagio mengendurkan urat yang kejang dan melembutkan urat. Secara tidak langsung tuam dapat melancarkan aliran darah dan membuang angin. Selain angin, selepas tuam akan dapat merasai lendir angin keluar dan darah nifas akan jadi lebih teratur. Sekarang ini mudah sangat untuk Tuam, hanya ikut cara yang di sarankan dah boleh tuam tanpa bersusah payah mengangkat batu berat.
CARANYA : Mulakan bertungku di tapak kaki . Seterusnya di betis, paha , pinggang, belakang badan , lengan, dan diakhiri celah paha dan ulang di pinggang. Amalkan 3x sehari , pagi , petang dan malam. Pastikan perut tidak kosong dan lakukan 45 minit selepas makan.
Selain itu, lepas tuam elok sapu dengan minya herba untuk memanaskan badan. Gunakan Bengkung yang selesa untuk menjadikan badan lebih cepat kecut dan slim. Semoga penjagaan yang rapi semasa berpantang dapat menjadikan kita smeua wanita sihat dan bertenaga. Cantik dalaman dan luaran. Insyaallah.
Artikel berkaitan :
Mudah zaman skrg ni ada tungku instant
Kak Nina pun berpantang sendiri.
Paling utama emosi kena jaga. Bila emosi stabil dengan sokongan suami, insyaAllah semua benda dan perkara dapat di uruskan dengan jaya.
Berpantang ni memang tak boleh pandang remeh, kena jaga betul². Lagilah sekarang dah banyak set untuk ibu berpantang, pilih je. Tapi bab tungku tu akak lebih suka guna tungku tradisional, tungku batu sungai. Best!
Nice entry.. boleh jdi rujukan utk april nnti debar2 pula…huhu btw.. *cute sangat tungku tuu.. ada pink tak..?
Ala, xder la pink..semua color sama jer.. ada sales tau 1 set RM168.00 baik grab.
Alaaa…rindunya nak rasa berpantang lagi…