BERPANTANG PART 4 – MANDIAN HERBA SELEPAS BERSALIN IBUSURI

MANDIAN HERBA IBUSURI

Hari ini hari ke – 3 berpantang sendiri kat rumah Semenyih. Memulakan harini ummi start dengan mandi herba. Waouuu,baunya sedap. Menang fresh gitu.
Kat bawah ini adalah gambar step by step cara rebusan. Okay sebabkan mandian herba ibusuri ini tak ada cover kain kasa, jadi ummi tunjukkan 2 cara mudah untuk memudahkan ibu-ibu lain yang nak cuba mandian herba ini. 

Ini cara PERTAMA.

Step 1: Buka plastik ya. 🙂

 

Step 2 : Masukkan herba mandian dalam periuk bersama air dan rebus.

 

Tunggu sehingga mendidih dan seterusnya tapis dan mandi.
Bila nak mandi boleh campur dengan air panas drp water heater. Bestnyaaa.

Cara KEDUA:

Gunakan kain kasa atau napkin anak.
Buka mandian herba ibusuri daripada dalam plastik dan tuangkan.
Buat bonjot macam dalam gambar ke-3 dan rebuskan. Bila dan air mendidih dan warna bertukar seperti teh  “o”, kira dah ready untuk di gunakan.

Contoh Mandian Herba Yang Telah Direbus

Ini contoh warna air yang telah siap direbus. Baunya sedap. Wajib cuba bagi yang gemarkan spa di rumah.
Sebenarnya, bukan sahaja ibu dalam pantang boleh amalkan mandian herba ini tau.
Selepas period, atau bila badan rasa tak sedap, lemau dan lemah mesti kena mandi dengan mandian herba. Bauan nya bagaikan terapi di spa rapi buat kat rumah saja.
Untuk ibu-ibu yang memang kesuntukkan masa untuk ke spa, wajib ada 1 set kat rumah.
Sebab apa,mudah sangat nak gunakan dan tak perlukan kos untuk ke sana-sini, tanpa temujanji dan anak-anak tak perlu di tinggalkan.
Ummi suka sangat mandi dengan daun herba ini. Sebab dah guna tu yang berani nak rekemen kat kawan-kawan.
Ramuan apa dalam set mandian herba ibusuri ini ?
Tengok di web site ya. KLIK SINI : IBUSURI

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge