
Pengalaman Rawat Rambut Gugur Selepas Bersalin
Rambut Gugur Selepas Bersalin
Pejam celik pejam celik Ummi dah ada anak 4 kan. Eh, tu la kadang tak sedar masa berlalu dari sehari ke sehari makin berumur. Anak dah 4. Tahun depan Along dah nak sekolah. Ehm… memang rasa masa ini berlalu sat sangat. Teringat masa mengandungkan anak-anak ini. Semua ada kelebihan masing-masing. Paling mengidam masa mengandungkan Angah. Nak makan laksa Johor , sampai bersalin tak dapat. Ingat pengalaman tu. Kini pengalaman mengandung akan jadi sejarah dalam hidup Ummi. Last bersalin adik hari tu sangat meninggalkan memori indah. Tapi ada lagi perkara Ummi tak boleh lupa, dari kandungan anak pertama sampai anak ke empat Ummi hadapi masalah rambut gugur. Ehm, sampailah yang keempat masih tak jumpa penawar. Enty ini Ummi nak kongsikan Pengalaman Rawat Rambut Gugur Selepas Bersalin.
Pengalaman Rambut Gugur
Stress kot daripada awal bersalin dah nak masuk tahun ke 6 rambut gugur (klik sini) tak hilang. Masih sama, sekali sikat segumpal. Nipis jer rambut Ummi yang sebenarnya tebal. Kira rindu la nak rambut tebal semula.Lagi masalah bila rambut gugur, bila anak dah meniarap dan merangkak. Bila dah pandai move mula la mengutip benda kat lantai. Haishh, mana tahan sabar. Buatkan Ummi rindu kat bibik ini. Masa 2013-2015 ada bibik kat rumah, jadi tak nampak sangat rambut bersepah. Sebab bibik banyak masa untuk menyapu. Kini 2016, cabaran besar kot, bibik tak ada semua kerja Ummi dengan suami yang uruskan. Bila lambat menyapu, si Adik Zakkir mula tolong Ummi. Dia sapu lantai dengan rambut tolong kutip. Haish dah macam lori sampai bergerak dalam rumah. Stress yang amat masa ini.
Cuma sekarang dapat tarik nafas lega. Bila ada kawan yang suggestkan Syampu Rawat Rambut Gugur. Mula-mula dia bagi tester sahaja. Bila Ummi cuba tester, rasa kurang sikit. Terus beli yang botol besar. Ummi beli kat pages : Rahsia Sihat dan Cantik. Rupanya bukan Ummi jer ada masalah ini, tapi ramai orang ada masalah rambut gugur. Sampai ada orang yang bagi feedback Ummi baca, kulit kepala jadi botak. Tapi sebab pakai tudung tak lah nampak sangat. So, Ummi suggest kat uols cuba syampuu ini. Terutama yang selalu kepala bertutup , gatal kulit kepala dan rambut dah makin menipis. Memang bagus tau.
Baca : Tips Rambut Gugur
Ummi ada suggest kat rakan-rakan Ummi, ramai dah dapatkan TYZARA syampu ini. Kita tunggu apa kata mereka pula yer. Okaylah. kat bawah Ummi masukkan testimoni yang Ummi ambil kat page fb: Rahsia Sihat dan Cantik. Instagram : Tyzara Syampu (Klik Link) kalau nak wassap 011-13078546 atau boleh wassap Umi juga 012-4430338.
TESTIMONI


One Comment
Ummi Hanie
salam perkenalan.
saya juga sedang alami masalah ini. susah hati juga,
ada masa saya buat entry insyaAllah