Hari Isnin lalu, saya berkesempatan ke pusat jagaan Raudhatus Sakinah. Pusat jagaan ini adalah pusat yang menjaga lebih kurang 36orang anak-anak gadis yang berusia daripada 14-24tahun.

Mereka pernah tersalah langkah dan kehidupan mereka jika tidak diselamatkan mungkin boleh merosakkan lagi masa depan anak remaja dan masa depan bangsa kita. Dengan kewujudan Raudhatus Sakinah, anak-anak ini dipelihara dalam satu tempoh tertentu dan mereka di didik dengan asas agama sejak dari awal.

Pengisian Program di Raudhatus Sakinah

Puan Nor taklimatkan kepada saya aktiviti mereka disini. Seawal jam 330pagi, mereka bangun, siapkan diri dan solat serta qiammualail. Selepas itu mereka jamah biskut dan air panas sebelum menunggu waktu subuh.

Selesai sahaja solat subuh, mereka akan membaca alquran secara bertadarus setiap hari secara bergilir-gilir. Surah pilihan mereka adalah surah Al-Baqarah. Setiap hari surah ini akan dibacakan sebagai pendinding mereka.

Terasa sangat cemburu dengan kelebihan yang mereka dapat. MasyaAllah. Setelah itu, mereka akan sarapan pagi, gotong royang dan meneruskan kelas pengajian mereka.

Amalan sunat di Raudhatus Sakinah

Disini mereka diajar untuk mendekati agama dan dekat dengan agama. Jika tiada sebarang program disini, mereka akan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Kecuali jika ada lawatan daripada sukarelawan atau agensi berkaitan, amalan ini dikecualikan bagi menghormati tetamu yang datang.

Ketika kami sampai, kami disajikan dengan nyanyian daripada adik-adik disini. MasyaAllah, menitis air mata apabila menghayati satu persatu patah kata mereka.

CEO – Puan Ummi Rose

Puan Ummi bertungkus lumus dalam usaha memberikan yang terbaik kepada masyarakat. Jika masuk kesini, ibu bapa dikehendaki membayar sejumlah yuran. Namun, tidak semua ibu bapa berkemampuan. Jadi, dana untuk menjalankan pusat ini adalah daripada bantuan pihak luar seperti Lembaga Zakat Selangor dan pelbagai agensi lain.

Kesilapan mereka, tanggungjawab kita.

Kesilapan mereka bukan pengakhiran. Bagi saya, mereka adalah insan terpilih untuk diuji. Dan bukan mereka sahaja, tetapi kita. Apakah tindakan dan tanggungjawab yang kita ambil, untuk memastikan bilangan adik-adik yang terjerumus dalam lembah sosial ini berkurang.

Kami dimaklumkan setiap hari tidak kurang 10 panggilan masuk kesini untuk ibu bapa menempatkan anak-anak mereka. Jadi, apakah yang kita lakukan hari ini bagi mengekang masalah sosial ini terus membelanggu anak-anak?

Punca isu anak luar nikah dan persetubuhan haram.

Takut! Ya saya takut mendengar penjelasan daripada Puan Nor. Katanya, “Anak-anak ini, mereka terdedah dengan ponography sejak seawal usia 4tahun”. Terkejut! Betul, apabila mereka meningkat remaja, mereka ingin mencuba dan merasai apa yang pernah mereka lihat dan pertontonkan.

Sungguh, sebagai ibu saya bukan sahaja takut untuk membiarkan anak perempuan bersendirian malah satu tanggungjawab besar dalam mendidik anak lelaki menjadi orang yang beriman dan bertanggungjawab.

Warden Dan Pengurus Pusat Jagaan Raudhatus Sakinah

Jika hari ini kita leka, bayangkan satu masa nanti sanggupkah awak dan saya menerima menantu seorang anak luar nikah? Dan sejauh mana kita sebagai orang Islam dan sebagai masyarakat bertanggungjawab menjalankan peranan kita dalam komuniti? Jom sama-sama kita pikirkan untuk generasi anak-anak.

Puan Zizie , wakil AKRAB PDRM menyampaikan cenderahati kepada wakil Pusat Jagaan Raudhatus Sakinah

Tahniah kepada Raudhatus Sakinah yang berusaha mendidik anak-anak ini kearah yang diredhai. Doakan saya juga suatu hari nanti dapat menjalankan tanggungjawab sosial sebegini demi masyarakat. Amin.

Kami sayang anak-anak generasi kini dan akan datang
2 thoughts on “Raudhatus Sakinah didik anak-anak yang terjemurus ke jalan Allah.”
  1. Haihhh sedihnya baca, moga anak² kita dilindungi dari perkara yang tak baik. Tapi bagus ada pusat camni, dapat bantu remaja yang dah tersilap langkah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *