• Isu

    Raudhatus Sakinah didik anak-anak yang terjemurus ke jalan Allah.

    Hari Isnin lalu, saya berkesempatan ke pusat jagaan Raudhatus Sakinah. Pusat jagaan ini adalah pusat yang menjaga lebih kurang 36orang anak-anak gadis yang berusia daripada 14-24tahun. Mereka pernah tersalah langkah dan kehidupan mereka jika tidak diselamatkan mungkin boleh merosakkan lagi masa depan anak remaja dan masa depan bangsa kita. Dengan kewujudan Raudhatus Sakinah, anak-anak ini dipelihara dalam satu tempoh tertentu dan mereka di didik dengan asas agama sejak dari awal. Pengisian Program di Raudhatus Sakinah Puan Nor taklimatkan kepada saya aktiviti mereka disini. Seawal jam 330pagi, mereka bangun, siapkan diri dan solat serta qiammualail. Selepas itu mereka jamah biskut dan air panas sebelum menunggu waktu subuh. Selesai sahaja solat subuh,…