Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Carousell Live : Kutipan Dana Untuk Membantu Persatuan Bulan Sabit Merah

Posted on 03/07/201803/07/2018 by umminani

Setiap pertengahan minggu mulalah planning perjalanan seisi keluarga pada hujung minggu nanti. Kita ini sebagai mak ayah kalau boleh nak berehat di rumah setelah penat bekerja. Tetapi anak-anak mereka nak berjalan. Selain tempat menarik di Kuala Lumpur, Ummi plan,minggu ini nak menyertai Carousell Live di Publika KL.

Carousell Live adalah satu program Carousell dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah (MRCS). Program  CAROUSELL LIVE ini akan diadakan pada 10-11 Mac 2018 di Publika Solaris Damansara dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Jadi, selain jalan-jalan cuci mata boleh la menyaksikan apa program yang Carousell anjurkan ini.

Setahu Ummi, program Carousell Live bertujuan membantu pengumpulan dana bagi aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah seperti bantuan bencana, kesihatan dan khidmat masyarakat, pembangunan kapasiti serta pembangunan belia.

Owh ya, bagi yang dah tahu apa itu Carousell tahniah Ummi ucapkan . Bagi siapa yang baru kenal Carousell ianya adalah salah satu aplikasi atas talian yang menjual barangan baru serta pre-loved.

Carousell ni adalah aplikasi iklan mudah alih yang membuat jualan serta belian dengan mudah di platform internet. Hanya di hujung jari. Nak tahu,  biasa sejam perjalanan pergi dan balik kerja, Platform beginilah yang menemani hariku. Dalam MRT, boleh sahaja berurusan jual beli di Carousell. Mudah dan menjimatkan masa.

Kepelbagaian Produk Di Carousell

Tambahan lagi di Malaysia, Carousell mempunyai  pelbagai jenis produk dalam 28 kategori termasuk fesyen dan kecantikan, fesyen muslimah dan gajet. Kata orang tu, sedap mata memandang, sedap la pilihan dibuat. Ewahh.. 😍

Carousell boleh di layari menggunakan pelayar Google atau lagi mudah install sahaja Apps di Google Play.

Carousell dilancarkan pada bulan Ogos 2012 dan Carousell bermula di Singapura dan kemudiannya telah memasuki 19 bandaraya di seluruh dunia.

Carousell kini terkenal sebagai platform pilihan ramai untuk jual beli barangan Pre-Loved. Jika kebiasaannya kita hanya membeli belah dalam talian, dan yanpa bersua mula dengan mereka di sebalik Carousell, apa kata hujung minggu ini kita ke Publika KL dan memeriahkan program Carousell Live ini nanti. Sambil membeli boleh mengeratkan perhubungan dan berkenalan dengan warga Carousell kan. 😄

Carousell Live : Selebriti Juga Sertainya


Pada hari Carousell Live nanti, pelbagai gerai akan dibuka dan melibatkan 20 Carousellers dan selebriti terkemuka seperti Zahiril Adzim, Sheira Ayoub, Nadia Brian, Nabil Mahir, Shalma Ainaa dan ramai lagi.

Membeli sambil menderma

Mereka ni akan menjual barangan baru dan pre-loved seperti pakaian, aksesori, karya seni dan barangan elektronik. Jom la kita kesana manalah tahu kan rezeki kita dapat beli barangan pre-loved daripada selebriti. Untung ni kalau dapat beli sambil menderma.

“Carousell Live” adalah bertujuan memberi ruang kepada Carousellers untuk memaparkan dan menjual barangan mereka secara Live. Ia jugak menjadi landasan bagi kami untuk menyumbang semula kepada masyarakat melalui perkongsian penting seperti ini dengan Persatuan Bulan Sabit Merah.

“Kami juga berharap rakyat Malaysia akan memberi sokongan pada acara ini dan membantu membiayai operasi mereka,” kata Lucas Ngoo, Pengasas dan Ketua Pengawai Teknologi Carousell.

Jom la ikut serta Ummi dengan  kak Mass Saari kesana nanti.

Carousell Dan Peranan Dalam Masyarakat

Carousell juga ingin mendekati masyarakat  melalui pembukaan pasaran bergerak (mobile marketplace)  dalam mempromosikan kehidupan yang selesa dan mudah. Jika sebelum ini, semuanya hanya di hujung jari tetapi pada 10 dan 11 Mac nanti kita boleh bersua muka dengan Carousellers yang hebat-hebat dalam sales ini.

Vision Carousell:

Vision dan Prinsip Carousell dilihat seiring dengan Persatuan Bulan Sabit Merah. Oleh itu, tujuan mereka adalah untuk bersama-sama mengharmonikan masyarakat melalui kesedaran kemanusiaan, kesukarelawan dan kesatuan yang dilihat sebagai usaha sama yang baik.

Sama-sama kita menyokong Carousell Live. Sekurang-kurangnya jom kita bantu mereka dengan “Share” artikel ini untuk hebahan kepada lebih ramai orang. Jumpa disana nanti.

3 thoughts on “Carousell Live : Kutipan Dana Untuk Membantu Persatuan Bulan Sabit Merah”

  1. mas saari says:
    03/07/2018 at 5:41 pm

    Best kalau dapat pi ni, mesti banyak barang² dijual.

    Reply
  2. Lya says:
    03/07/2018 at 9:11 pm

    Wahh macam2 produk yang dijual.. jom pakat g sana nanti..

    Reply
  3. Hans says:
    03/08/2018 at 10:19 am

    wahh bagus event nih
    pergi tak nanti?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Sambal ikan bilis belimbing buluh
    Published on 2023-09-26 By Ana Jingga
  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Siaran Langsung JDT vs PDRM Live Streaming 27 September 2023 LS22
    Published on 2023-09-26 By Azhafizah MN
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • Restoran Baharu Kawkki Korean Flaming Chicken Dibuka di IOI Mall Puchong
    Published on 2023-09-25 By Bro Framestone
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
March 2018
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Feb   Apr »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
March 2018
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Feb   Apr »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme