10 Lokasi menarik untuk dikunjungi di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur adalah pusat bandaraya Kuala Lumpur yang ingin dikunjungi oleh ramai orang. Saban tahun, setiap kali cuti sekolah mesti ramai yang mencari kesempatan untuk melancong ke Kuala Lumpur. Namun begitu apakah 10 lokasi menarik yang boleh dikunjungi di Kuala Lumpur?

KLCC Skybridge

Menara KLCC menjadi mercu tanda Kuala Lumpur. Selama 10 tahun menetap di Kuala Lumpur KLCC menjadi lokasi utama untuk dilawati. Yang menarik adalah menaikki menara KLCC yang mempunyai 86 tingkat ini. Rugi jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak mencuba ke KLCC Skybdrige.

Tasik Titiwangsa –  KL Sky Tour

Satu pengalaman menarik dan mencabar bagi mereka yang tidak sukakan ketinggian. Berada di udara satu pengalaman menarik. Boleh melihat keindahan alam dan keindahan kota dari atas. KLCC berada di paras mata. Sangat mengujakan apabila dapat terbang tinggi diatas awan. Boleh la datang ke Kuala Lumpur dan cuba merasai kenikmatan dan keindahahan bandaraya.

Mini Zoo Menara KL

Apa lagi yang menyeronokkan anak-anak selain dapat menikmati keindahan dan kecomelan anak-anak haiwan. Disini anak-anak bagaikan menikmati dunia mereka sendiri. Mereka dalam dunia kayalan dan kita sebagai ibu ayah memang akan menyaksikan keterujaan mereka. Boleh menjadikan Mini Zoo Menara KL sebagai salah satu lokasi percutian singkat di KL.

Bangi Wonderland Theme Park And Resorts

Bangi Wonderland lokasi wajib bagi peminat waterpark. Anak-anak pasti suka dan tempat ini berhantu. bukan hantu pocong tetapi bila masuk tu memang anak-anak payah untuk diajak balik. Kalau boleh sehingga petang anak-anak nak bermain air disini.

Bangi Wonderland lokasi percutian dan best jika pergi beramai-ramai dengan keluarga dan kawan-kawan.

Sunway Lagoon

Sebut sahaja Sunway Lagoon pasti menarik minat untuk kesana. Lokasi percutian yang telah lama di Kl. Menyediakan pelbagai permainan yang menarik dan boleh di jadikan lokasi untuk release tension.

Gelak dan ketawa ketika menikmati permainan disediakan akan keluarkan kita daripada kemurungan. Tak percaya? cubalah.

Taman Rama-rama Kualan Lumpur

Sesekali ke Taman Rama-rama Kuala Lumpur berpeluh juga. Anak-anak masa ni lah bebas nak berlari mengejar rama-rama. Yang best, suasana dalam kawasan ini tenang sangat.

Seronok sangat mereka menikmati suasana.

Rasa nak terus duduk dalam Taman Rama-Rama ini. Seronok sangat , jiwa damai dan tenang. Ada kolam ikan juga untuk menjamu mata.

Muzium Negara

Muzium negara bukan lokasi biasa. Lokasi yang wajib hadir dan mempelajari pelbagai sejarah di Malaysia. Jom bawa anak-anak menikmati saat dan sejarah negara.

MRT

Salah satu tarikan istimewa adalah MRT. Untuk  merasai keretapi laju, kini kita hanya boleh menikmatinya di Malaysia. Mudah dan menjimatkan masa. Apa lagi, boleh la cuba salah satu teknologi baru di Malaysia menjelang 2020.

AQUARIA KLCC

Menyaksikan kepelbagaian ikan daripada segi bentuk dan keindahan memng menakjubkan. Jadi kita akan lebih dekat dengan alam yakin Allah swt itu sehebat dan maha Kaya dalam penciptaan rupa bentuk alam lautan.

Hotel Shangri La Putrajaya

shangri-la putrajaya
Ada juga disediakan tempat untuk berehat dan bermesra bersama keluarga.Suasana nyaman dan tenang sangat mendamaikan seisi keluarga.

Ada masanya kita ini nak tenang dan relax. Ini salah satu hotel pilihan Ummi. Selesa relax dan rasa macam nak deco untuk rumah sendiri. Boleh cuba menginap disini.

Jadi, boleh mula merancang untuk melawat ke lokasi mana yang menarik di Kuala Lumpur. Percutian mestilah mengikut bajet dan tebal atau nipis poket sendiri. Okay..jangan lupa share entry ini ya. Jom kita hebahkan kepad ramai orang. Jumpa lagi.

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge