• Isu Masyarakat

    Carousell Live : Kutipan Dana Untuk Membantu Persatuan Bulan Sabit Merah

    Setiap pertengahan minggu mulalah planning perjalanan seisi keluarga pada hujung minggu nanti. Kita ini sebagai mak ayah kalau boleh nak berehat di rumah setelah penat bekerja. Tetapi anak-anak mereka nak berjalan. Selain tempat menarik di Kuala Lumpur, Ummi plan,minggu ini nak menyertai Carousell Live di Publika KL. Carousell Live adalah satu program Carousell dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah (MRCS). Program  CAROUSELL LIVE ini akan diadakan pada 10-11 Mac 2018 di Publika Solaris Damansara dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Jadi, selain jalan-jalan cuci mata boleh la menyaksikan apa program yang Carousell anjurkan ini. Setahu Ummi, program Carousell Live bertujuan membantu pengumpulan dana bagi aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah seperti bantuan bencana, kesihatan…