Umminani

Baju raya 2017 – Ummi tiru design tahun lepas

Pejam celik pejam celik dah dekat 2 minggu berpuasa. Lagu raya dah kedengaran sejak hari pertama puasa lagi.. Ummi relax jer tahun ini sebab pikir raya bukan nak kemana, tambahan  tak ada plan lagi. Cuti Raya 2017, Korang dah plan ke perjalanan balik kampung? Kami belum lagi, cuma bincang dengan abah stay jer kat rumah. Baju raya 2017 dah siap, tak sabar haish.

Tshirt  Ummi beli last minit. Sebab relax jer, Ummi pun tunggu SOGO sales baru nak shopping. Shopping raya last minute, cer teka apa jadi? Hahahaha , nak taubat tidak, tapi penat lah shopping last minit. Mujuq la pergi shopping sorang, tak bawa semua..kalau bawa semua rasanya ada orang yang tak dapat baju baru.

Baju Raya 2017

Ummi beli seorang 4 helai tshirt. Kakak pula 2 tshirt dan 2 kemeja. Bukan main suka … ” Ummi , nak pakai baju baruuu!” Berapa kali paksa …tak bagi kasihan. Bagilah juga. Adik pun nak cuba tuh.

Sekali adik posing..hahahaha macam gaya wakil rakyat pun ada. Ummi post pic ini ke Facebook Ummi, ramai kata macam artis..hahaha ada saham juga adik boolat ini.

Bab bergaya depa 4 beradik. Ini yang kecik sekali, tapi tak lepas daripada posing. Ehm,  “dik tengok camera…senyum”. Cepat jer posing dia!

BAJU RAYA 2017 – Ummi tempah jahit untuk kakak 2 helai. Yang ini dan yang hijau. Boleh rujuk gambar. Ummi minta tukang jahit buatkan design macam ini untuk kakak. Cantik pula bila kakak pakai. Tangan dengan bawah baju ada ropol-ropol gitu, menawan lah kakak yer! Ni mengalahkan Ummi ni.

Baju Raya 2017 – design Ummi simple untuk anak-anak

Design baju kurta ini Ummi buat sama macam tahun lepas. Cuma kali ini semua sama, kakak pun ada sepasang. Boleh jer laki perempuan pakai. Ummi letakkan Zip di leher, tahun lepas pun sama. Kenapa zip? Zip memudahkan untuk anak-anak buka dan pakai baju. Jadi Ummi tak perlulah nak tolong butangkan . Kalau 4 orang dah ambil masa Ummi nak butangkan seorang demi seorang. Jadi, zip memudahkan anak dan Ummi.

“Ummi cepatlah ambil gambar! Kami nak bergaya ni.” “Okay, cer buat gaya yang best sikit!” “Ummi, okay ker gaya macam ni ? ” “Buat jer la apa-apa gaya. Apa Ummi juru camera korang ke?” – Pakat gelak semua, riuh rumah ..haish seronok bukan main depa posing dengan baju raya!. Jelous baju Ummi kena hantar untuk kecikkan semula. Sebab baju yang Ummi dapat tu , besar. Ehm, tunggu la dua-tiga hari lagi siap lah tu.

baju raya 2017

“Ummi kami nak beraya ni, mai la duit raya!” Amboii, puasa baru berapa hari claim duit raya!” Agaknya Ummi bagi ker? hahahaha tidak nya, mana ada Ummi nak bagi duit raya. Tunggu la nanti, hari-hari bagi makan tu dah kira duit raya tak?

Untuk tempahan area KL – Ita Melati ( 014-8096061)

Tema baju raya kami tahun ini warna biru/terkoise(macam salah jer ejaan). Warna ini harap dapat memberikan keceriaan kepada kami semua. Apa pula warna baju raya 2017 korang? Atau apa butik online korang suka serbu? Cuba tulis kat komen, nak cuci mata..

Raya lepas :

Cerita Anak-anak Beraya Di Kampung

RAYA LAGI SEBELUM HABIS SYAWAL

PART 1:PERSEDIAAN RAYA AIDILFITRI 2016

Part 2 : SOLAT SUNAT HARI RAYA

Part 3: SUASANA HARI RAYA

Part 4 : HARI RAYA KEDUA LEBIH MERIAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *