Part 4 : HARI RAYA KEDUA LEBIH MERIAH
RAYA HARI KEDUA LEBIH MERIAH | Mana tidaknya, semalam mula-mula pergi rumah Mak Tam, kami disajikan dengan makanan yang meriah juga. Ada ketupat palas jagung, ketupat palas kacang dan ketupat pulut itam. Paling best Mak Tam masak adalah sambal kacang makan dengan nasi impit. Sedap…siap minta resepi.
Resepi Kuah Kacang Sedap | Blender bawang merah, serai, halia dan cabai kering di goreng dahulu. Lepastu, campur semua bahan, masak dengan api perlahan dengan ditambah gula dan garam. Terasa ! Memang superb best.
RUMAH TERBUKA YB ASMAIZA
Rumah terbuka YB! Disini juga macam-macam makanan sedap. Ummi paling suka kow teow goreng. Memang terasa sedap dan hajat hari raya pertama nak makan tercapai untuk hari kedua raya . Begitu juga bihun sup utara. Puas makan bihun sup kegemaran dari kecil-kecil lagi. Sup utara ada sambal merah, kurang pedas berbanding dengan sambal kicap.
Kisah Sate|Lepas tu Ummi dengan Mr Suami, kami sendiri yang kipas sate..fuh..cair make p Mac i.. mujur MAC, memang bertahan. Yang best, kami ni dah busuk kena asap, dekat 45 minit berdiri kipas sate. Tiba-tiba 1 orang kanak , datang terus sambar pinggan berisi sate Ummi dan Mr suami bakar..aduii…angin betul. Ummi bakarkan untuk kerabat kami..hahahah..tertiba Ummi bising-bising semeja dengan opah isteri&mak kepada budak yang ambik sate tadi..hahaaha
Dah tu balik rumah semalam, bersilat basuh ayam dan goreng. Lepas tu rebus kambing pula..semua untuk persediaan hari ini…okay lah..nak prepare masak @ rewang kenduri..bye.
Meriahnya hari raya puan dan keluarga, kami sekeluarga beraya di Sabak Bernam 🙂
meriahnya hari raya.. selamat hari raya kak ummi nani