Ramai ibu bapa ragu-ragu untuk hanyar anak ke rumah pengasuh. Sebenarnya itu adalah persepsi dan LUA (Law of Universal Attraction) kita serta sangkaan kita terhadap Allah swt.  Nak pengasih yang baik, ibu bapa MESTI dari awal cari pengasuh dah niatkan perkara baik dan bersangka baik. Inilah yang kami amalkan sejak bibik dah tak ada balik ke Indonesia.

Bila kita bersangka baik dan bersilaturrahim,maka akanAllah lebihkan rezeki asbab kita membantu orang lain.

Tip :

KURANGKAN TERLALU “DEMAND”

Ibu ayah walaubagaimanapun mesti kerja kan? Jadi kenapa nak terlalu demand dengan pengasuh? Demand bermakna nak pengasuh sedia itu ini khas untuk anak kita jer. Pikirlah, pengasuhkan jaga anak orang lain juga. Kurangkan demand terlampau okay.

LEBIHKAN MEMBERI

Pernahkan balik kerja, jalan jem! Biasa sampai jam 6 petang tetiba dalam 1 minggu tu sampai jam 7 petang. Tapi pengasuh tak charge lebih. Apa salah hujung bulan, lebihkan bayaran atau belikan hadiah. Contoh belanja KFC ke, Sate ke. 🙂 Bila banyak beri pasti banyak pulangan. Yakin.

HORMAT MENGHORMATI

Jika yang jaga anak kita itu muda atau tua, salinglah hormat menghormati. Mereka kan manusia juga. Nak tahu macamana penat jaga anak, sila bercuti jaga anak sebulan. Jangan jaga anak kita jer, tambah anak jiran. 🙂

HANTARKAN LOVE

Setiap pagi masa hantar anak, hantar kan energi positif dan energi kasih sayang kepada anak dan juga kepada pengasuh. Baik kita beri baiklah kita dapatkan.

Semoga bermanfaat.

4 thoughts on “WAJIB BACA ~TIP HANTAR ANAK KE RUMAH PENGASUH”
  1. Alhamdulillah… ke 4 empat anak saya dihantar ke rumah pengasuh sejak kecil lagi… setakat ini tidak pernah menghadapi masalah dengan pengasuh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *