• MULA BELAJAR KELAS MEMBACA
    Umminani

    ANAKKU 3 TAHUN BELAJAR MEMBACA – BACALAH ANAKKU

    ANGAH- Muhaimin anak kedua dalam kelaurga kecil Ummi, seorang yang sangat periang dan juga banyak bercakap. Sejak usia 2 tahun Angah dah fasih berbicara. Mengalahkan Along jika dah bercakap, malah setiap percakapan dan butiran keluar dari mulut kadang kelakar dan tak masuk akal. Ada suatu ketika  di rumah sahabat baik Ummi di Pahang, Ummi berkata pada Angah “Angah ini banyak cakap lah!” Jawab apa tau ? “Angah bukan banyak cakap, Angah sibuk jer nak cakap!” Mak ai..tapi itu petanda otak Angah dah berhubung. Bulan April 2016 , minggu ke dua Angah dah mulakan kelas dengan Cikgu Ani di Sg.Long. Cikgu Ani menerima Angah seawal usia 3 tahun, masyaallah , bersyukur…

  • Review

    HARI TERBUKA FELDA DSAJI 2016

      FELDAD’SAJI mengadakan hari terbuka untuk orang awam pada 15-17 April 2016, di Pusat Jualan Felda D’Saji bemula jam 10.00 pagi sehingga 6 petang. Kami sahabat blogger Ben Ashaari berkesempatan hadir pada 17 April 2016 untuk merasai keenakkan masakan Felda D’Saji.Pagi hari tersebut, car pool dengan Cik Za dari mezquitalifestyle.com . Kami bergerak dari Kajang dalam 930pagi. Kali pertama jumpa hari ini. Kesempatan ini Ummi gunakan untuk merasai keenakkan masakan dari saji. Memang bestlah, rasanya sedap dan daging yang dimasak tu lembut , cukup rasa serta sesuai untuk majlis-majlis keraian. Best sangat. Bak kata orang kampung macam Ummi ni, rasa masakan dari Felda D’Saji rasa macam balik kampung, makan masakan…