RAYA LAGI SEBELUM HABIS SYAWAL

BERHARI RAYA LAGI SEBELUM HABIS SYAWAL

Jpeg

Sabtu lepas Ummi dengan suami dan anak-anak berhari raya sakan tu dengan kawan-kawan. Awal pagi dah setting nak pergi beraya, lepas dah breakfast terus keluar. Kiranya memang nak beraya sakan lah. Jam 10 pagi kami singgah dulu rumah mak a.k.a rumah tok depa. Singgah beraya, sebab raya hari tu dah beraya kat Perlis tak sempat nak beraya dengan tok dan opah depa. Cuma masa sebelum balik tu dah singgah la, mood raya belum sampai masa tu. So, Sabtu hari tu mood berhari raya dah mai… apa lagi, jalan sakan kami semua.


REUNION EX OC UITM ARAU,PERLIS

IMG_20160716_231648
Selepas tu, kami terus gerak UiTM Puncak Alam, rumah terbuka Pn Noridah HEP masa kat UiTM Perlis. Masa dulu, kami geng pembantu mesra siswa memang close sangat dengan HEP, tu sebab sampai la ni masih berhubung. Geng-geng OC ni pula, antara student penting yang melancarkan minggu mesra siswa zaman di UiTM. Sebut sahaja beberapa nama yang famous, seperti Fakran, Pak Sheikh pasti sampai pak guard kenal.

IMG_20160716_151554

Kami tak dapat lupakan zaman jadi OC masa Perlis Banjir dulu. Masa tersebut, menerima kehadiran pelajar baru dengan sampan. Sangat nostalgia. Gambar tak ada pula dalam simpanan, cuma dalam ingatan masih segar. Siapa ingat?

Sekarang dah berjumpa, masing-masing dengan keluarga. Anak dah besar-besar semua. Bagusnya wassap ini, dapat himpunkan kami dalam 1 group dan faedahnya, ada yang dapat dirujuk bergantung kepada kepakaran masing-masing. Ada baiknya reunion ini, cuma kena jaga adab dan batasan.Insyaallah jika ada batasan ukhwah tu lebih lama dan di berkati.


GEGAR RUMAH EZZA AZLAN

Ezza Azlan , salah seorang blogger juga yang mana buat open house juga hari Sabtu lepas. Ini wajib Ummi hadirkan diri. Mana boleh terlepas, sebab kak Ezza Masak setahun sekali jer..hahaha ada video life tgk kat link ini.

IMG-20160717-WA0004

Dengar gelak tawa kami, tau la meriah ke tidak. Disini bukan sahaja KBBA9 berkumpul, tapi kami juga mengeratkan silaturrahim antara kami dan keluarga. Thanks kak Ezza, next time plan buat BBQ eh…. sebab suasana kejiranan kak Ezza best. (u take note yer kak Ezza).

Jpeg

Dapatlah kami rasa masakan special kak Ezza hari sabtu lepas iaitu Mee Kari Special. Sedap oooo…2 kali kut Ummi dengan Mr Suami menambah … maaf lah yer, sebab sedap sangat dah lupa diet.

IMG_20160716_234140 IMG_20160716_234034 IMG_20160716_234612

Gegar lagi rumah kak Ezza , bila banyak pot menarik untuk kami bergambar. Sana -sini nak snap gambar sebenarnya walaupun bateri dah menampakkan 5%.
Tengoklah, ini beberapa gambar suasana di rumah kak Ezza. Kak Nina yang menunggu hari nak bersalin pun sampai kat rumah kak Ezza. Katanya tak per, hospital dekat, kalau dah nak bersalin. Dah macam adik beradik di rumah kak Ezza, sakan juga lah berayanya. Bersembang tu yang best. Tambahan kak Ezza dan suami memang sporting. Tak lah janggal sangat sehingga bersopan santun gitu… Memang habis hilang sopan hahaha Minta Maaf sekali lagi ya tuan rumah. 😄😄


MENZIARAH TUAN JASNI DAN KELUARGA

IMG-20160716-WA0028
Last hari tu kami singgah ke Kuang, Sg Buloh rumah ASP Jasni. Sahabat lama Mr Suami sejak dari Sg Petani. Mendengar cerita mereka, rasa tak cukup masa. Sampai pun disini dah jam 645 petang. Sebab dah lama Mr Suami dan Tuan Jasni tak berjumpa, lama jugalah mereka berbual. Dan ingat Tuan Jasni ini, antara orang pertama yang tahu kami bercinta pada 2008 tu, masa Ummi praktikal kat Balai Sg. Petani. Dah nak pencen pun dia. Semoga selamat semuanya.

PicsArt_07-18-04.21.08

Dan, berakhirlah jalan-jalan raya kami hari tu Jam 1130 malam. Sampai rumah Ummi dan anak-anak dah keletihan. Terus tidur , mujur dah solat sebelum balik. Semoga ukhwah kita dan silaturrahim yang terbina kekal selamanya. Insya Allah. Amin.

Posts Tagged with…

Reader Comments

  1. EzzaAzlan

    Trima kasih dekat nani, asben n kawan2 lain yg datang berkunjung. Mmg meriah korg smua ada.. Nnt nak buat kenduri senang nak ajak sebab korang semua sporting. Blh habiskan mknan yang ada..hahahaha

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge