anak dan gajet
Review Produk Dan "Event",  Saya dan keluarga

Cerita Anak-anak Beraya Di Kampung

CERITA DI KAMPUNG

—————————-

Balik beraya di kampung mengujakan. Apatah lagi ianya jarang dilakukan. Lebih-lebih lagi apabila perjalanannya jauh.Di kampung ada pelbagai cerita. Ada rencam yang tersendiri. Susuk tubuh manusia dengan bermacam cerita.

Orang kampung juga disapa kemodenan. Gajet sentiasa di tangan. Begitu juga dengan remote tv. Dulu orang tua hanya berbekalkan telefon bimbit Nokia. Tujuannya mudah. Hanya sekadar membuat dan menyambut panggilan.Namun itu dulu. Golongan veteran kampung pun sudah ada grup whatsapps sendiri. Ini dianggap kemajuan bak kata Haji Sudin.

Petang tadi berbual dengan dengan anak buah sebelah isteri. Nini namanya. Nini baharu berumur 5 tahun. Cakap masih pelat. Baharu masuk tadika. Apabila disoal apa yang Nini belajar di tadika, jawabnya menyanyi. Nini pun mula menyanyikan lagu Sudirman – Tanggal 31. Liriknya lintang pungkang. Ikut sedap. Ikut apa yang dia ingat. Apa yang menarik pada Nini yang mini tab. Gajet itu melekat seperti magnet di tangannya. Hampir setiap masa gajet itu bersamanya. Tidak lekang. Apabila diambil emosinya terganggu.Apabila berbual dengan Nini, matanya liar. Tiada eye contact. Soalan tidak dijawab habis. Mudah beralih topik.

Andai ada kenderaan lalu, pasti mata cepat beralih ke situ. Itupun tidak lama. Meliar balik matanya. Fokusnya hanya pada gajet. Pada games yang dia main. Pada lagu-lagu atau cerita kartun yang dimainkan.Saya berbual pula dengan ibu dan ayah Nini. Cuba dapatkan maklumat lanjut. Bagaimana pelajaran Nini di tadika.

Mengikut ibu Nini, beliau agak ketinggalan di sekolah. Apabila saya teliti kerja tadikanya, terlalu banyak kesalahan yang Nini lakukan. Terlalu banyak kerja yang tidak dihabiskan.

anak dan gajet

Ketika itu teringat kajian tentang gajet dan otak di Melbourne. Saya menjadi peserta. Menggunakan gajet dengan kepala penuh wayar. Aktiviti otak direkod. Kajian oleh Telstra. Sebuah syarikat gergasi telekomunikasi Australia. Boleh dianggap TM di sana. Saya hanya perlu guna gajet semahunya sepanjang lapan jam kajian. Tiada had. Guna lima hari berturut-turut.Hasil kajian ini sama dengan puluhan kajian tentang kesan buruk gajet ke atas otak.

Pertamanya kesanya ke atas hippocampus. Gudang memori kita di otak. Aktiviti Hippocampus jadi kurang. Natijahnya, ingatan kita merudum.Pelajaran pastinya menghadapi masalah. Prefrontal cortex, pusat fokus juga terganggu. Hilang daya tumpuan.Amygdala, pusat proses emosi juga terkena penangan. Andai diambil gajet, emosi terus naik. Tangisan dan jeritan memingitkan telinga.

Ujian ke atas tahap dopamine – hormone bahagia juga mencanak naik. Bila dopamine naik, serotonin – hormone motivasi menurun. Tiada motivasi mahu belajar.Dopamin meningkatkan kuasa ketagihan. Makin tinggi dopamine, makin ketagih seseorang itu.

Ya bermain gajet membawa ketagihan. Pusatnya sama seperti mereka yang ketagih kepada dadah Kokain. Tempat yang sama memberi kesan yang sama.Lahir perasaan belas pada Nini. Kecil lagi sudah jadi penagih. Soalnya berapa ramai anak-anak kecil seperti Nini dijadikan penagih oleh ayah ibu sendiri?

Cuba semak. Adakah anda juga ada Nini di rumah?

RINGKAS MENGENAI DR RIZAL ABU BAKAR

Fellow at St Vincent Hospital

Tutor at Australian National University

Sleep Scientist at Canberra Sleep Laboratory

Psychologist at PPC Worldwide

Deputy Dean at University Malaysia Sarawak

Clinical Psychologist at Goulburn Valley Health Victoria Australia

Former School Psychologist at Minatet College

Former Principle Consultant Psychologist at Nasihah Consulting- Northern Psychology Clinic

Former Psychologist at Cardinia-Casey Community Mental Health

Former Lecturer at Government

Studied Clinical Psychology at The Australian National University

Went to SMKA Al-Mashoor (L) Penang

Lives in Kuching, Malaysia

From Kuching, Malaysia


ASYIK SAKIT JER

———————

“Anak-anak saya selalu sakit.” Kak Kiah mulakan bicara. “Lepas seorang sakit, dan baik ,yang lain pula sakit. Letih ambil ubat.” Kak Kiah melepaskan keluhannya.

Kak Kiah bekerja sebagai operator pengeluaran. Pendapatan tidak seberapa. Kalau kerja lebih masa, dapatlah lebihan sedikit.Tinggal di Bayan Lepas tidak murah. Apatah lagi menyewa. Suami pun bekerja di sektor yang sama.

Pulang ke kampung terserempak dengan Kak Kiah. “Akak memang menanti Rizal balik. Banyak nak tanya.” Kata Kak Kiah lagi. Kak Kiah muda bertahun-tahun dari saya.Tidak pasti kenapa dia gelarkan dirinya kakak. Kak Kiah nampak tua dari usia. Kerja syif telah meragut usia mudanya. Tidur tidak teratur menyebabkan beliau membesar sebagai johan.

makanan ringan untuk anak

Tidur tidak teratur cepatkan proses penuaan. Mudah sakit. Mudah letih.“Anak-anak selalu sakit apa?” soal saya meminta kepastian.“Asyik demam jer budak-budak ni. Si Alif masa UPSR pun boleh demam. Akak risau keputusan dia teruk.” Ujar Kak Kiah cemas.

.

“Dalam sebulan mesti sekali atau dua kali demam. Ubat penuh dalam peti ais. Kadang-kadang malas nak pergi klinik.Akak la jadi doktornya. Bagi dia orang makan ubat –ubat yang tak habis.” Jelas Kak Kiah penuh semangat.

“Maaf Kak. Selalu anak-anak makan apa?” saya cuba mencari pangkal isu.

“Makan nasi macam biasa. Malam biasanya belilah apa-apa kat pasar malam ke. Burger ke.” Ujar Kak Kiah lagi.

“Makanan ringan anak-anak makan tak?” soal saya lagi.

“Itulah favourite dia orang. Dari segala jenis keropok, gula-gula, asam-asam, ais krim dan mee segera. Hari-hari mesti makan.”

“Akak kerja syif. Abang pun sama. Jadi kami tinggalkan duit. Dia orang berkenduri sakan.” Cerita Kak Kiah seolah-olah ada penyesalan.

Saya tarik nafas panjang. Masa berbual dengan Kak Kiah anak-anak Kak Kiah masing-masing menjinjing junk food.Junk food atau makanan ringan melemahkan sistem imun kanak-kanak. Apabila sistem imun lemah, penyakit dengan bangganya menghampiri.

Tubuh mereka jadi sarang pembiakan penyakit. Virus mudah hinggap. Junk food juga ganggu otak. Bahagian utama gangguan ialah hippocampus- tempat memori. Ganggu proses belajar.Apabila belajar susah lekat. Berulang kali pun pelajaran tak masuk. Menjadi benak.Natijahnya kena marah. Hantar tuisyen terbaik pun tidak akan membantu. Hantar pula ke kem motivasi. Habis duit berkoyan-koyan.

.

Balik ke rumah masih tiada perubahan.Tuisyen atau kem motivasi itu umpama software. Walau software itu baik, andai hardware iaitu otak tidak baik masakan software dapat dimuat naik ke hardware?Baiki hardware. Baiki otak. Usah beri racun pada otak. Makanan ringan bukan makanan.Makanan ringan adalah racun. Usah kita racun anak dan diri sendiri. Jaga otak, otak akan jaga kita.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *