Saya dan keluarga

Shopping raya last minute, cer teka apa jadi?

Hari Sabtu hari tu  Ummi pergi membeli tshirt untuk anak-anak . Dengan harapan tenang sebab keluar awal dari rumah. Dan singgah opis untuk dhuha dulu. Dalam 820pagi Ummi gerak dari Bukit Aman ke SOGO. Naik kereta, malas rasa nak bawa motor.

Sampai kat pintu masuk SOGO awal, 840 gitu, hahahaa ambik kau! Ingatkan tak ada orang, rupanya beratur nak masuk. Mujur la awal, parking pun mudah lagi, tapi B1 dah full. Awalnya orang sampai! Ummi gerak ke B2, alhamdulillah parking ada.

Tenang dah bila dapat parking, dan biasanya kalau p SOGO awal pagi ini best. Cust disambut lagi tau! Rupanya tidak…hahaha sekali lagi terperanjat mak! Penuh orang beratur depan lift.Adeh.. ini nak serbu SOGO ke apa depa ni. Mujur la Ummi mai sorang…ada yang bawa anak-anak , macam-macam ragam.

Tepat jam 9pagi, escalator di buka..berebut nak naik keatas. Tak faham aku!Monolog dalam hati jer laa…ada tu bawa nenek mai..haishh, mungkin depa ingat tak ramai orang kot. Tu sebab bawa. Tapi, dah tau, ini rupanya tsunami SOGO sales untuk members. Penuh, ramai jer orang ada duit. Kata ekonomi merosot, ehmm…

Ummi terus naik ke bahagian baju anak-anak. Sekali lagi, tengok mak-mak memborong. Pakat pilih ke pakai ambik tak tahulah..tapi macam rakus pun ada..hahahaha. Biar betul depa ni belanja .nak kata murah yer la, memang tak di nafikan yang RM13, RM15 tu murah..tapi ada juga yang kain tak cantik. Ehm…tapi macamana pun mestilah mak-mak ni pilih yang lawa kan..yer kan?

Dah tu, pergi hujung sana ada dengar anak menagis, pergi sini ada jer anak melalak. Kesiannya yang anak kecil ni.  Ada tu Ummi tengok yang datang rombongan sekeluarga, tok laki duduk jaga anak-anak, mak-mak yang memilih. Lepas mak-mak dah siap pilih, bawa tshirt dan kemeja tu bagi kat anak-anak try. Macam-macam ragam.

Yang best, kakak seorang ini dia siap bawa tali tape dan kertas ukuran baju anak-anak

Bagusnya, concern sangat. Tips yang bagus, ukur dulu baju anak-anak dan bawa ukuran saiz. Jadi anak-anak tak perlu ikut pergi shopping. Apa yang mak ayah belikan terima sahaja

Okaylah, dah settle membeli belah. Persiapan anak pun dah ready. Tu yang seronok. tapi nak beraya di mana?

Nak raya di mana?

 

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *