PART 1:PERSEDIAAN RAYA AIDILFITRI 2016

Persediaan raya tahun ini agak meriah. Kami adik beradik berkumpul beramai-ramai, bergotong royong masak dan mengemas rumah. Rumah mak dah lama tak kami cantikkan, maka tahun ini Ummi dan adik beradik termasuk ipar plan ceriakan suasana dengan belikan mak tikar getah baru.

IMG-20160704-WA0011

Tudia dah jadi mini futsall kat rumah tok. Seronok abak-anak ummi dengan sepupu mereka.

GOTONG ROYONG MEMASAK

Dan hari ini kami gotong royong seawal pagi,balut ketupat, masak kari untuk cicah ketupat dan lain-lain persediaan termasuk  kukus ketupat serta masak merah ayam. Hisshhh ni buat tak sabar nak beraya jer kan…walhal pada masa sama sedih kan….Ramadhan hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi.

Okay layan gambar kami sekeluarga yer..tunggu part 2 pula..apa cerita raya budak-budak.

Kawan-kawan Ummi masak apa?

GALLERY

Jpeg
Masak memasak menggunakan dapur kayu..nostalgia.
Jpeg
Meriah dengan budak-budak membantu dan “mengacau”. 
Jpeg
Ketupat palas menu wajib beraya kat Perlis.
2 thoughts on “PART 1:PERSEDIAAN RAYA AIDILFITRI 2016”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *