Assalamualaikum, salam minggu kedua Ramadhan. Rezeki kita berbeza, Allah dah aturkan apa yang terbaik kan. Percaya dak? Jadi kalau kami hari-hari makan kat luar tu, tu rezeki kami. alhamdulillah. Bukan tak mau ajak, lain kali naa.. Cuma UN boleh habaq la ampa pergi try makan kat tempat kami p yang best gitu. Semalam, 18/5/2019 kami p berbuka di Tiffin Cafe yang terletak di Aeon Big Bukit Rimau. Kalau nak cuba masakan Pakistani jangan lupa ke Naan Lounge Sek 7 Shah Alam.
Talam Western – Tiffin Cafe Bukit Rimau
Kalau kebiasaannya, di Tiffin Cafe ini , menu mereka adalah lebih kepada Western Food. Tetapi memandangkan bulan puasa ini ramai yang request untuk makan masakan Melayu, jadi owner decide untuk buat menu keduanya. Ianya bagi memenuhi citarasa pelanggan. Ya betul, ada yang suka western, ada yang suka makan masakan kampung / Melayu kan. Jadi, oleh sebab demikian, owner restoran ini nak bagi adil kepada semua pelanggan.
Menu Ala-Carte – di Tiffin Cafe
Kalau dah beli barang kat sini dan tempat fully booked? Tak pa, hampa jangan risau, selepas waktu berbuka, mereka masih sediakan menu ala-carte. Jadi, kalau nak makan spagetti olio atau menu lain yang rasa sesuai, masih boleh masuk ke Tiffin Cafe.
Tiffin Cafe ada lebih kurang 30 jenis menu.
Jika datang kesini, Tiffin Cafe ada lebih kurang 30 jenis menu. Boleh decide nak mulakan iftar dengan western mahupun masakan Melayu. Owh nak bagitahu kat sini, UN suka sangat dengan nasi goreng kerabu. Ini antara killer food ( makanan kesukaan ) pelanggan yang datang kesini. Along pula, dia sangat suka Garlic Bread dan juga mushroom soup.
Keseluruhannya menu disini sangat best dan memenuhi citarasa.
Jika datang kesini jangan lupa abadikan kenagan di wall restoran ini dan tag mereka di Facebook. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Tiffin Cafe di :
Facebook : The Tiffin Cafe
Talian : 0123171707 or 0176404760
Murah dan sedap… Nasi goreng kerabu tu memang sedap gilaa…
Meriah juadahnya ye..
Suka tempat yg sediakan makanan western & hidangan tradisional camni, ada pilihan.
Suka tempat yg ada pilihan menu western dan menu local..
Sedapnya , banyak menu ada kat sini
Syoknya dapat berbuka di luar, kita belum berpeluang lagi. Tengok review ni teringin nak cuba.
wah bagus ada pilihan menu yang pelbagai..
tu diaaa makanan penuh atas meja , tapi kalau kat situ ada jual tiffin2 antik dalam gambar sekali kan besttt ..next time nak trylah
Dekat je dengan ofis. Boleh singgah.