Hi semua, apa khabar? Ha.. seronok je tengok kami makan sana sini kan. Memang seronok, dan memang bulan ini mengembara untuk makan dan makan. Risau juga mak tau! Tapi sehingga hari ke 11 berpuasa, even makan kat luar, berat masih maintain , malah ada la sikittt je turun. Syukur. Okay, bila cerita bab makan, ramai juga yang minta UN suggestion. Jadi, kali ini UN nak kongsikan experience UN berbuka puasa dan menikmati makanan sedap di Naan Lounge Shah Alam. Naan Lounge baru dibuka sejak 6 bulan yang lalu. Namun demikian, ramai orang yang datang sangat berpuas hati dengan layanan dan makanan disini.

Menu Buffet Ramadhan di Naan Lounge Shah Alam

Jika datang kesini, kita akan disajikan dengan pelbagai menu menarik dan sedap. Sedap mestilah kriteria utama kan, kalau tidak rasa rugi jeee membayar.

Menu di sini adalah berkonsepkan Pakistani. Makanan yang disediakan adalah resepi original daripada Pakistan.

Antara menu yang ada adalah :

  • Beryani
  • Steam rice
  • Cheese naan
  • plain naan
  • tandoori roti
  • chicken masala
  • lamb keema
  • chicken tandoori
  • dhal tarka
  • alu gobi
  • pakora
  • samosa
  • spring roll
  • kuih kaswi
  • kuih melaka
  • kheer
  • watermelon
  • nuggets
  • chips
  • salad
  • mint sauce
  • sirap
  • lemon mint
  • Teh tarik
  • Teh o
  • kurma

Menu ‘Killer’ di restoran ini

Menu yang menjadi pujaan hati pelanggan adalah Naan Cheese. Ya, betul betul cheesy. Lembut dan sangat menarik.

Jika awak datang kesini, Un yakin dan pasti ianya akan sentiada menjadi pilihan seterusnya. Sungguh menu dan rasa selari dan sesuai dengan tekak kita orang Malaysia.

nasi mandy naan lounge

Lagi yang menjadi pujaan ramai adalah Naan Nutella disini. Fuh rasanya dia, meleleh… sedap. Nanti awak layan video UN, nampak jelas bagaimana Nutella Naan ni sangat mengancam rasanya.

Sesuai untuk bawa keluarga bersama

Tempat atau Naan Lounge ini sangat selesa. Malah anak-anak UN siap bawa bayblade main di depan kedia. Kat sini juga awak boleh buat private event. Jadi, awak kena plan betul-betul untuk kesini. Sekali lagi, anda akan terus jatuh cinta bila dah rasa keenakkan makanan disini.

Waktu Operasi – Naan Lounge Shah Alam

Pada bulan puasa, Naan Lounge akan beroperasi dari jam 4.00 pm – 3.00 am.

Manakala waktu operasi pada hari biasa pula:

Isnin-Khamis, Sabtu-Ahad : 11.00 am – 11.30 pm

Jumaat : 2.15 pm – 11.30 pm

Menerima Tempahan Katering

Untuk makluman, di sini juga menerima tempahan katering minima 1000 pax untuk kawasan sekitar Selangor.

So, untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi:

03-5882 2910

atau

INSTAGRAM: www.instagram.com/naanlounge
FACEBOOK: www.facebook.com/naanlounge.my

Alamat:
Naan Lounge, 44 Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Waze: Naan Lounge (berdekatan Hospital Shah Alam)

6 thoughts on “Naan Lounge Shah Alam – Naan Cheesy Cheese Terbaik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *