Saya dan keluarga

Gene Martino ; persediaan Hari Raya 2019

Salam Penghujung Ramadhan. Pejam celik kita kini dah di akhir ramadhan. Semoga kita lebih baik daripada sebelumnya dan istiqamah dengan kebaikkan dan sifat yang di pupuk sepanjang bulan mulia ini. Kali ini Un nak share persediaan baju raya un dan keluarga berhari raya dengan Gene Martino – Tema raya sedondon.

Persediaan Hari Raya 2019

Apabila berada di penghujung ramadhan, syawal mula menggamit. Manakala, ramadhan menangisi apabila terpaksa tinggalkan kita. Pastinya ramadhan akan dirindui selama setahun akan datang. Syawal, selamat datang.

Hari-hari terakhir ramadhan, semua orang dah sibuk berbelanja untuk keperluan ramadhan kali ini. Un hanya nak catatkan memori bagi keluarga Un sendiri tahun ini.

Baju Raya – Gene Martino

Persediaan baju raya sebenarnya adalah pada 2 minggu sebelum cuti raya. Un kali ini memang tak berkesempatan ke Jalan Tar mahupu JAKEL.

cof

Kalau flashback 2018, baju melayu suami adalah dari Jakel, baju anak-anak pun JAKEL. Baju UN pun JAKEL/ Ariani. Tapi this year, Un hanya ke Gene Martino. Bukan apa, selain dekat dengan IPD, sini ibarat one stop center. Semua ada, malah tema #rayasedondon senang sangat.

Raya Sedondon dengan Gene Martino – iklan radio mereka berkesan.

Gene Martino

Koleksi baju daripada Gene M, lengkap untuk kami sekeluarga. Baju dari usia 4 sehingga dewasa ada disini. So, Un hanya pergi sekali sahaja, setle! Eh…cuma ada masa beli tu saiz tak ada, jadi kena booking. Selang beberapa hari, bila stok sampai, Gene Martino Plaza Metro Kajang call suruh ambil.

Tak sesak, bila shopping awal di Gene Martino

Bila shopping kat sini, tak sesak, dan jimat masa. Pilih-pilih design, warna dan saiz, terus settle! Mudah, thank you Gene M. memudahkan ibu bapa seperti Un untuk shopping. Dan bagi Un perkara paling penting, adalah saiz untuk Un sendiri kat sini memang terbaik. Cantik dan sesuai dengan potongan. Iols suka. Terjebak dengan Gene Martino sejak beli baju ke Dinner.

Ahad – shopping keperluan Dapur

Ahad, 2 Jun – Un pagi-pagi lagi dah jadi driver kepada mak dan mak sedara UN. mereka dah sibuk nak prepare barang basah nak sambut anak-anak balik. Cuma , Un setuju dengan artikel viral – sepatutnya di praktikan!!

Okaylah..setakat ini sahaja catatan persediaan raya Un. Nanti Un share pula kami sembelih ayam dan buat ketupat pulut okay. Selamat beraya 🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *