Huarrgggggghh.. penat beraya belum settle lagi. Kerja kat pejabat dah menunggu. Belum lagi kain baju yang menimbun dok pikir nak basuh masa di kampung. Tapi syukur semuanya tak seteruk yang disangka. Cerita raya UN dengan keluarga di kampung, UN dah share semalam kan. Menang meriah, dank orang boleh follow hashtag #UNXRaya2019 , semua cerita raya UN ada.
Dari Perlis ke Johor
Kisah raya kami bersambung dari Perlis ke Johor. Jika sebelum ni punya excited beraya sampaikan kami memang gunakan masa sepenuhnya di Perlis sampai habis cuti. Tapi lain pula tahun ini, serik dengan kesesakan jalan raya, UN dengan suami nekad gerak awal pagi. Raya pada hari Rabu 5/6/2019, ikutkan kami decide nak balik ke Semenyih pada malam raya kedua iaitu pada jam 9.00 malam gitu. Tapi bila tengokkan Plus Traffic Update , memang sarat. Sarat plus highway sarat lagi kepala nak meredah jem! Jadi kami ubah plan dan decide nak gerak awal pagi.
Jam berdering pukul 3.30 pagi, terus bangun mandi dan siap. Anak-anak? Korang memang nak lenakan, jadi memang angkat dan tidurkan dalam kereta. Yer la, awal pagi daripada kejutkan depa buat hingaq ja. Baik bagi depa lena dengan tenang dalam kereta.
Tepat 415 pagi, kami memulakan perjalanan balik ke Semenyih. Yes, jalan lengang dalam kesejukkan. Kami singgah solat di R&R Gurun jam 520pagi. Selesai solat dalam 6.05 pagi, terus kami teruskan perjalanan. Ingatkan awal pagi kami jer lah, rupanya ramai juga golongan satu spesies kami. Jenis yang suka bergerak awal pagi. Tapi keadaan masih terkawal. Highway ada orang, tapi tak sampai tahap jem menggila.
Dalam kereta memang lapar, pau jadi alas perut kami sepanjang perjalanan. Jenis suami UN, dia tak suka berhenti lama-lama, nak makan ke nak minum makan je. Cuma kalau dah nak terkencing terberak itu yang kena dan terpaksa berhenti juga. So, jimat masa one shot perjalanan. Berhenti pun tak boleh lebih 30minit. Hahaha tak kejam, tapi nak jimat masa untuk cepat balik berehat.
Dalam 1015 gitu, kami touch KL. Yes, nampak Tol Duta terus hilang lemau. Huhuuuu, yeay nampak dah Semenyih menggamit. Seronok bukan main, rasa nak rehat, nak duduk lepak tu sampai tahap kemuncak.
Siapa yang rehat , siapa siapkan kerja rumah?
Balik je rumah, anak-anak dah mandi sebab excited nak balik beraya kat Johor pula. Depa tak tau mak ayah depa letih sangat. Un terus masak nasi, kemas lauk dan kuih yang mak (tok midah) bagi. Masak nasi dan panaskan sambal tumis ayam. Fuh, siap jer nasi terus bagi sejuk seketika dan masing-masing dah tak sabra nak hadap nasi. Sejenis nasi dah buat selera makan memuncak oii bila lapar sangat! Selesai makan , mandi jap dan UN memang flat terus. Sempat lelap dalam 20 mint sebelum Zohor. Suami?? Owh terharu i… dia basuhkan kain baju dan juga sidai.. adoi dah la bawa kereta berjam, balik kerja rumah lagi.. terharu i.. sebak. Thanks sayang, I always love you forever.
Perjalanan ke Skudai bermula.
Tepat jam 3.00 petang, kami bergerak ke Skudai. Rumah mil UN. Ingatkan dekat la kan, ikut wze sure sekejap je. Tapi , raya punya pasal, ikutkan sampai 620 pm macam tu, tapi kami sampai 730mlm. Ehm… letih dan letih. Terus sampai, duduk seketika dan rehat. Lepas tu mandikan anak-anak dan setle semua dalam jam 9malam.
Turun makan ketupat dan rendang, ingat nak layan cerita PIA & Budi, tapi dah tak bermaya sangat. Landing la seketika kat ruang tamu. Tak mampu dah, lepas tu terus baring….sedar esok sesubuh hari! Hahahaha.
Jangan gelak, lepas subuh kejut anak-anak mandi dan solat. Lepas anak-anak dah siap, dalam kul 9pagi lepas makan dan bersalaman raya, kami terus gerak p makan ZZ Sup Tulang.
Kami pergi yang cawangan Damansara Aliff. Not bad, tapi portion kat sini agak besar berbanding kat bandar. Order 4 pinggan pun tak mampu untuk di habiskan. Lepas kempunan mau makan. Mee Daging – RM7.50 , Mee Biasa RM5.00 . Berballoi dengan kuantiti dan rasa makanan kat sini. Nak cuba nasi ambeng, tapi…. Perut dah cakap..”pls no more food allow!” hahahaha !
Skudai ke Muar – 2 jam 30minit jadi 4 jam!
Ingatkan waze dan maps sekali lagi boleh dipercayai. Rupanya tidak! Adoilah, dari 2 jam setengah terus jadi 4 jam. Hentian semua full, kereta jem! Nak kata ada excident tiada. Tapi, slow macam siput… merana oii!
Sampai je di Parit Amal (depan sikit rumah makcik, tapi tak ingat parit apa), rasa lega. Syukur makcik sediakan nasi dan asam pedas ayam.. fuhh selera mak nak makan tau. TApi, pedas dia tu, huhuu redha. Nasi kami jamah, kuih makcik habis berbalang anak-anak angkut. Hahahaha
Tak lama, lepas duduk kat rumah makcik, kami gerak ke Parit Samsu. Rumah pak long, tapi kat sini panggil Ayah Long. Ayah long , abang kepada abah (fil UN la). Mulanya niat nak rehat dan salin baju sahaja. Suami pun tak mau tidur kat sini.
Entah macamana, tetiba suami ubah fikiran nak tidur kat rumah Ayah Long. Fuh rasa lega sangat…rest.
Mercun dan bunga api di Parit Samsu -halau monyet
Malam tu, bukan main seronok anak-anak UN layan mercun dan bunga api. Meriah la, seronok depa dapat balik kampung, walaupun tak sama seperti di Perlis, tapi kat sini masih ada suasana raya. Itu yang anak-anak nak, mood raya. Kita dan anak berbeza. Cuma bila kita dewasa rasa leceh denagn sikap mereka. Hahaha lupa diri masa kecik pun macam perangai anak sekarang kan.. Hahaha (pening sikap sendiri bila penat dengan anak).
Penamat perjalanan – Muar-Semenyih
Esoknya, awal pagi sesudah subuh kami dah siap. Tapi, ayah long tahan! “Korang kena makan nasi lemak ayah long, jangan tergesa-geasa nak balik”. “Ehmmmm.. baik ayah long.” Pasrah Un dan suami. Yerla, menghormati orang tua kan. Tapi serius sedap sangat nasi lemak ayah long. Air tangan orang lama.
Tepat 730pagi, kami pun gerak balik ke Semenyih. Jalan masih lengang dalam sesak. Eh… sesak skala 2 la gitu, sampai pun ke rumah dalam 11pagi. Letih yang amat. Rutin berulang semula. Masak nasi, rehat mandi dan cuci kain. Dah..selesa! Lepas makan terlena! Jam 3petang lena sedar 530petang. Rupanya saat Un terlena, suami dah bangun awal dan kain baju dalam bakul siap dilipat. Allahu, terharu.. thanks sekali lagi sayang.
Maka, selesailah part kedua beraya di Johor. Syukur, kali pertama dalam sejarah kami buat bergini. Beraya dari Utara ke Selatan, masa keseluruhan perjalanan ambil masa 13-14 jam setelah ditolak masa rehat di Semenyih pada hari Jumaat, raya le-3 tersebut. First time kami beraya sakan. Hahahaha syukur.