Hi semua. Masih mood ramadhan ke syawal? Memang dah masuk syawal, tapi masih ramai yang berbuasa sunat, so rutin masih seakan bulan ramadhan. Bangun sahur, balik kerja siapkan makanan berbuka dan juga lepas tu sambung rutin harian. Kali ini, UN hanya nak share experience kami berbuka puasa di buffet ramadhan di The Ocean Glow, Kuala Perlis.
Sebenarnya, pada mulanya tiada niat langsung nak berbuka puasa secara buffet ramadhan di Perlis. Tapi, sayu sangat bila mak asyik tanya sepanjang puasa hari tu, “Malam ni berbuka kat mana pula?” “Makan sedap saja depa!”. Haaaaa, kalau awak kat tempat UN apa rasa? Swedih, sayu atau tercabar atau tak rasa apa-apa? Mana satu?
Nikmati Senja Mentari
Kami sampai awal di Kuala Perlis. Masa tu ingat nak relax tepi pantai, nikmati udara segar dan juga pemandangan laut yang nampak tenang. Tapi, akibat melayan kerenah anak-anak yang terlampau cerdik, tak semena-mena temperature rendah jadi melambung tinggi!
“Duduk diam-diam, tengok tu.. ikan anak belacak … “
Ummi dengan tok lalai , abah depa pun sama. Terlepas pandang seketika pada Along dengan Angah. Rupanya…
“Ummi, Angah jatuh!”
“Ya Allah, tu la blaa…bla…blaaaaaaaa!”
Habis comot kaki kena selut, rupanya dia langkau tembok dan terjun kat tepi pantai. Anak oii, ini pantai Perlis oiiii. Memang kaki jerlus dalam selut la kalau tak kena gaya pijak!.
Malas nak bebel, kang dapat kat abah memang lagi teruk si Angah. Terus la heret tangan p basuh kat toilet! Tak pasal-pasal habih belemoih. Haishhh! Nak marah tak guna sebab benda dah jadi kan. Harap jadi pengajaran supaya kena dengaq cakap mak lebih banyak lepas ni.
Buffet ramadhan di The Ocean Glow Kuala Perlis
Pastinya sebelum berbuka puasa, kita bergambar kenangan dulu. Gambar buat tatapan masa depan. Nak show off pada anak-anak yang apa sahaja depa tak merasa masa kecik.
Tapi paling penting, nak bagitau pada anak-anak hargailah orang tuaMu. Merekalah membesarkan kamu tanpa ada bias pada mana-mana pihak dan mereka jugalah yang tidak tahu erti penat dan lelah. Membesarkan dan membawa anak-anak kemana juga tanpa heran, becak, peluh dan letih. Esok supaya kamu dewasa, kamu tahu erti menghargai pengorbanan Ummi dan Abah.
Jika ada sahabat UN yang plan untuk tahun depan, nak bawa mak ayah berbuka kat luar. Sini mungkin boleh dijadikan lokasi pilihan. Bab harga bukan isu besar, sebabnya makanan buffet kat sini bawah RM50 seorang. Ikut level pula tu, harga dewasa, kanak-kanak dan warga tua pun berbeza. So, jimat dan mampu untuk membeli voucher makan di The Ocean Glow Kuala Perlis.
Keselesaan kalau kat sini daripada 5 bintang , UN bagi 3 bintang. Sebab sini open air dan tidak ada aircond. Kipas pun memang tak dak rasanta, kiranya sejuk dengan angina laut sahaja. Gitu… J Bab makanan, don’t expect korang nak makan spaghetti bagai. Kat sini focus nasi dan lauk pauk. Dan adalah kuih muih dan roti John serta bahagian BBQ ada la ikan, sotong dan kambing jika berbuka di The Ocean Glow Kuala Perlis.
Cuma jangan expect grand macam kat hotel-hotel besar di KL okay! Sesuai dengan harga dan suasana. Itu sahaja nak cakap. Cuma bila bawa mak dan orang tua ni, mereka punya tahap menghargai kita tu level tinggi. Yerla, mungkin bagi kita harga murah, bagi mak kita dia bertuah dapat makan di tempat begitu.
So, jika ramadhan dah lepas, bagi yang ada mak ayah tu, plan la bawa mereka rasai dunia luar kebiasaan mereka lalui. Mak ayah ni, depa nak rasa tapi mereka takkan luahkan secara terus pada anak-anak demi jaga maruah dan hati anak. ANAK kena faham ambik orang kata! Eh.. faham kenapa UN tulis ini, ni bebel cara orang Perlih : ) .
Okaylah, selamat beraya lagi. Semoga kalian terus istiqamah menjaga diet makan dan juga kesihatan diri. Salam 10 syawal.
Jemput Like page : Perlis Nature And Wildlife