Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt dengan izinya, tahun ini rezeki kami murah. Jadi kami banyak juga berpeluang untuk berbuka puasa kat luar. Dan yang pastinya UN juga banyaklah rehat. Kalau berbuka kat luar, pun masih ada ruang untuk terawikh. Sebab majoriti hotel, memang buat terawikh kat hotel mereka. Sama seperti PICC. Kali ini UN nak share experience iftar di Buffet ramadhan KLIH 2019.
Menu – Buffet ramadhan KLIH 2019
Kalau berhajat untuk berbuka kat luar, salah satu hotel yang harga mampu bayar adalah di sini. Awak boleh pilih Buffet ramadhan di KLIH yang hanya RM120 bagi 2 orang. Jimat dan makanan yang disajikan juga banyak serta memenuhi rasa.
Pilihan menu UN dan keluarga – Buffet ramadhan KLIH 2019
UN paling suka dengan shell out mereka. Dan kalau awak pilih berbuka disini, jangan risau ada menu best juga untuk anak. Anak-anak UN suka nasi ayam hainan mereka. Nasi memang sedap setanding dengan Chicken Rice Shop. Memang sedap. Sampaikan sebelum balik, UN dengan suami tambah ayam dan sosnya. Owh… maafkan kami, telajak makan juga kat sini. Dan anak-anak dengan ais kacang, ice cream takkan dapat dipisahkan. Jadi, memang mereka ulang ambil. Ehm, jangan takut ya mama, sini kita dah bayar semua. Makan je, tapi lepas tu kena puasa ais cream buat seketika, maniss oii!
Ha..kalau makan dekat luar, please ya..kena ada kerjasama. Semua orang kena beri kerjasama. Barulah aman dunia untuk menjamah makanan.
Menu masakan- resepi ibu
Kebanyakkan masakan disini adalah resepi tradisi dan seakan air tangan ibu. Memang sedap dan rasa menarik. Ada pelbagai jenis kerabu, kari ketam dan sotong (yang ini paling orang minat), ikan bakar, cicah air asam….fuh..ratah je ni.
Pencuci mulut :
Pilihan memang banyak, pilih yang mana suka. Cuma hati-hati dalam memilih makanan, makanan Melayu banyak kalori.
Tada, nilah antara yang menjadi pilihan kami. Tak kurang juga air soya kat sini, pekat dan memang sedap. Jadi kalau masih mencari ruang untuk iftar kat luar, tempah sekarang – Buffet ramadhan di KLIH 2019. Selamat menempah dan berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan.
FB : KLIH HOTEL