Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

HUKUM ZIARAH ORANG SAKIT

Posted on 08/24/201608/24/2016 by umminani

HUKUM ZIARAH ORANG SAKIT

KURSUS ANJURAN PERKEP JKDNKA

Alhamdulillah, tahun ini Ummi berkesempatan untuk belajar cara dan panduan pengurusan jenazah lanjutan. Ini adalah ekoran daripada kursus Pengurusan Jenazah kali  pertama tahun 2015. Ummi rasa tak buat entry pasal yang pertama dulu 😉 . Kali ini kursus lanjutan juga di buat di Dewan Masjid Bukit Aman pada 17 Ogos 2016 yang lepas. Ustazah Sitaton Bt Osman daripada Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) yang menjadi fasilitator kami. Kursus ini adalah anjuran Biro Agama PERKEP JKDNKA.  Syukur sangat dapat hadir untuk belajar lebih mendalam cara dan panduan pengurusan jenazah. Ini rezeki juga kata Ustazah, tak semua orang di panggil untuk mendalami ilmu sebegini.  Sebelum cerita nak urus jenazah, Ummi nak share dulu hukum ziarah orang sakit.

Hidup dan mati adalah ketentuan Allah SWT, sebagai ujian  bukan kebetulan atau lumrah alam. Kematian merupakan istirehat untuk kita  dan kita wajib yakin akan alam akhirat, syurga dan neraka adalah perkara yang benar. Setinggi mana sekalipun pangkat dan kedudukkan yang dimiliki tidak akan terlepas daripada hakikat kematian. Inilah yang diperingatkan oleh Allah swt. Untuk entry kali ini Ummi share dulu hukum ziarah orang sakit. Nanti entry seterusnya kita kongsikan cara dan panduan pengurusan jenazah . Boleh kan.. ?


URUSAN DENGAN ORANG SAKIT DAN HUKUM ZIARAH

Orang sakit ini perlu kita layan sebaiknya, kerana kita tidak pasti sampai bila hayat mereka. Namun begitu, kita juga yang sihat tak pasti sampai bila hayat kita. Setuju ? Jadi sebaiknya , sentiasa mengingati Allah swt dalam apa juga keadaan.


HUKUM ZIARAH

Sunat :  Besar pahalanya jika dapat menghiburkan hati pesakit dan juga keluarga.

Harus : Jika pesakit bukan ISLAM, tetapi kita menziarahi sebagai tanda kasih dan sayang sesama manusia.

Sunat Muaakad :  Jika pesakit terdiri daripada kaum keluarga, jiran tetangga dan juga sahabat.


ADAB ZIARAH PESAKIT RINGAN DAN NAZAK

Pesakit (Ringan) – Bila kita melawat pesakit yang sakitnya ringan sahaja boleh la bawakan sikit buah tangan, duduk kat sisi pesakit dan sentuh tanda sayang ( ikut syariat yang ditetapkan okeh). Namun begitu, menziarah tak perlulah setiap hari dan disunatkan menziarah selang hari. Ini juga bagi menjaga keselesaan pesakit dan ahli keluarga. Juga kena beringat, apabila melawat orang sakit , usahlah berbual kosong, bergurau sekadar yang tidak berlebihan dan juga doakan supaya cepat sembuh. Owh ya, doa orang sakit ini makbul, minta juga pesakit juga doakan kita.  Berilah kata-kata peransang agar pesakit rasa suka dan tenang.

Pesakit Nazak – Ajarkan kalimah Lailaha Illallah. Apabila melawat pesakit, jika keadaan sesuai baca surah yassin, surah Al-Ra’du. Juga titiskan air ke mulut pesakit, sebaiknya ahli keluarga yang menjaga. Teringat arwah ayah . Juga jika kita menjaga orang yang nzak, apabila orang tersebut berpeluh, lapkan lah sedikit  dan menghunjurkan kaki pesakit ke arah kiblat. Doakan pesakit di berikan ujian yang ringan.

HAKIKAT KEMATIAN

Dalil Surah Ali Imran AYAT 185 :

Setiap yang hidup pasti merasai kematian.
Setiap yang hidup pasti merasai kematian.

Surah AZ-ZUMAR AYAT 30 :

HUKUM ZIARAH ORANG SAKIT
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka pun akan mati”

Okay , sebagai persediaan kita menghadapi kematian, kita perlulah berbuat kebaikkan. Dan juga dalam menziarahi pesakit, ada adab yang kita kena jaga. Untuk itu, SEDEKAH kan al-fatihah untuk sahabat dan keluarga kita yang mungkin sedang menderita sakit.

Al fatihah juga untuk ayah kepada BEN ASHAARI yang sedang sakit. Kita doakan beliau juga cepat sembuh dan di ringankan beban menanggung kesakitan. -AL-FATIHAH-  

Jumpa lagi next entry yer. Assalamualaikum.

 

 

2 thoughts on “HUKUM ZIARAH ORANG SAKIT”

  1. Afiq Halid says:
    08/24/2016 at 4:45 pm

    in Shaa Allah. Perbanyakkan kebaikan terhadap orang lain maka Allah beri yang baik2. Andai tidak berkesempatan, doa yang baik2 juga adalah baik. Lebih2 lagi kita doakan kebaikan tanpa pengetahuan tuan badan. Adalah lebih baik. Pernah terdengar kat IKIM. 🙂

    Reply
  2. Shiqeen sattar says:
    08/24/2016 at 6:17 pm

    Semoga kita amalkan amalan ziarah menziarahi walau pun sibuk dgn urusan harian.
    Shiqeen sattar recently posted…Cer Teka Hadiah Harijadi Dapat Apa?My Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Siaran Langsung PSM MAKASSAR vs SABAH Live Streaming Score Piala AFC 2023
    Published on 2023-10-04 By Azhafizah MN
  • Murah-murahnya petai kat Sungkai
    Published on 2023-10-04 By Ana Jingga
  • 8 Khasiat Butterhead Lettuce Ramai Tak Tahu
    Published on 2023-10-04 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Mencari Prebiotik ? Aku syorkan Manna dan Tayebat !
    Published on 2023-10-04 By Ben Ashaari
  • Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Ke-30: RM500,000 untuk Kanak-Kanak Kurang Berkemampuan
    Published on 2023-10-04 By azni
  • KEJOHANAN GOLF AMAL RMHC MALAYSIA KE-30 BERJAYA MENGUTIP DANA RM500,000
    Published on 2023-10-04 By Nadia Johari
  • Kenapa Pilih Fly High Education Centre Untuk Tuisyen Online
    Published on 2023-10-03 By Lya Imtiyaz
  • Prudence Foundation Lancar SAFE STEPS Kids Climate Change
    Published on 2023-10-03 By Bro Framestone
  • Percuma!!! Permainan Memasak Kanak-kanak Dalam Talian
    Published on 2023-10-02 By Mohaz Sue
August 2016
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Jul   Sep »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
August 2016
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Jul   Sep »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme