USAHA MENCARI PENAWAR KEPADA SAKIT
Assalamualaikum semua. Nak kongsi cerita dengan uols. Semalam Ummi lepas habis jer program kat Tasik Titiwangsa, terus balik office. Tapi petang ini kami tak balik kerumah awal. Biasanya jam 5 petang tak ada apa program dah gerak balik ambil anak-anak. Sebabkan pada malam ini ada program solat hajat untuk ayah Ben Ashaari maka, dah inform awal-awal kat pengasuh ambik lewat iaitu lepas isyak.
Syukur pengasuh anak-anak Ummi sangat baik. Mereka faham jika ada emergency atau apa-apa program. Cuma Ummi menghormati mereka, tak lah selalu Ummi ambil anak-anak lewat.
Dan opss…Ummi dah cakap kat Mr Suami awal-awal tentang solat hajat ini. Mr suami pula yang excited. Yang uruskan dengan Ustaz tentang solat hajat semua Mr Suami yang buatkan. Alhamdulillah mudah sangat dengan kerjasama Ustaz dan Imam Masjid Bukit Aman. Tq Mr Suami 😍
HUKUM ZIARAH ORANG SAKIT KLIK SINI
Ha … Mr Suami cakap, “takperlah, malam ini anak-anak cuti. Tak payah pergi kelas. Nanti kalau mak ayah kita sakit, bayangkan sedih tak kalau tak ada orang atau kawan-kawan support”. okay!! Ummi akui, kadang support kawan-kawan juga penguat semangat kita berhadapan dengan ahli keluarga yang sakit. Ummi dah rasa masa ayah sakit tenat tahun 2014. Selain adik beradik, support kawan-kawan memainkan peranan juga dari segi sokongan emosi. Ehmm…. ayah dah tak ada masuk tahun ke 3. Al fatihah untuk ayah.
Masa ayah meninggal sehari sebelum raya 2014, masa tu di Perlis Ummi memang tak ramai kawan. Tapi pasukan PDRM yang banyak membantu. Dari sediakan land rover, meja dll. Besar bantuan mereka saat diperlukan. Terima kasih IPD Padang Besar, Perlis.
Berbalik kepada solat hajat, inilah usaha kita untuk mencari penawar kepada sakit. Yang hadir malam ini daripada KBBA , Ummi dan SS serta suami ,Zenan dan Ann. Terima kasih semua.
Semoga bukan sahaja ayah abg Ben dan ayah Yanie sahaja sihat kembali, tetapi juga semua kita diberikan kesihatan yang baik untuk beribadat.
Selesai solat hajat, SS dan suami belanja makan nasi kukus superb sedap. Terima kasih semua atas kerjasama. Yang tak dapat datang takpe, terima kasih doakan mereka dan kita juga. Ini ada doa untuk orang sakit, sama-sama kita cuba amalkan okay.
Ubat hanyalah salah satu usaha sebagai penawar penyakit…
Walaubagaimanapun, segalanya bergantung dengan izin Allah S.W.T untuk menyembuhkan penyakit….
Semoga kita berikhtiar, berdoa dan bertawakal…. In Shaa Allah dengan izin Allah, setiap pesakit akan sembuh…
Setuju sangat..mcm2 jalan kita boleh ambik untuk ubati sakit.
terbaek laaa…mmg saat2 gini la sokongan dr kwn2 juga d perlukan..penguat semangat meneruskan perjuangan..yer x..
Betul tu Emi, kita kena berada seperti satu keluarga.