Hidup ini ada up and down.

2008 – Zaman pakai Myvi dah pernah lalui. Masa tak fikir panjang, gaji Rm1000+ lebih sikit nak pakai kereta. Ada masa sengkek juga, duduk tengah bandar Georgetown, kereta kena isi minyak, hujung minggu nak jalan2. Struggle!

2010 – Masa ni baru kahwin, laki bini pakai kereta, dia kerja dah gaji besar masa tu, bujang pun dah mampu pakai Vios. Rasa dah hebat!

2009 -2014 pakai 2 kereta. Tapi struggle juga tu, cuma bergaya kan…🤣.

2015 – Konon Vios tu lama, walhal masih elok. Ikut kawan, well manusia biasakan.. tukar, jual.la Vios tu.. plate no sama.. konon Wish hebat…jenama luar.. tapi low spek je pun😒. Ehmm…manusiakan.. baru nak up. Walhal gaji tak seberapa. ( its me!).

2016 – Awal tahun, tak boleh nak survive dah. Pakai 2 kereta masa tu..anak dah 4; 2016. Terasa kewangan goyah.

Jual Myvi kelabu, 0-0 , takder untung tak ada rugi nak keluarkan cash. 🥺Sedih kena let go😅.

2016 juga, selepas setahun bergaya dengan Wish, jual Wish , ambil Myvi. Kewangan kembali kukuh. Jimat Rm1000+

Sejak tu pakai 1 kereta, cik abang naik motor, pergi kerja dua-dua naik MRT. SURVIVAL.

2016-2019 naiklah Myvi oren 6 orang sekereta.

Balik SPetani, kawan-kawan tanya, :

“Kau datang dengan apa Zam?” ,

Cik Abang jawab “Myvi 😀”.

“Kau duduk mana ni?”

“Sri Malaysia, dengan anak-anak…”

Seolah-olah satu dosa. Tapi Kami tak malu..

Balik kg di suatu pagi raya di Kuala Perlis,

Bapa suadara : “Zam, kereta kecik….😒..”

– Diam , tak menjawab –

Diam je la… itu tangapan dia.. tapi kami tahu situasi kami.

myvi oren
Bercuti di Gong Badak Terengganu

Myvi juga banyak jasa, hantar anak sek, kelas malam dll. Bawa anak-anak bercuti balik kg ,nun jauh di utara- bercuti ke Pantai Timur – balik ke JB dll. Apada hal kan?😆

Baca Juga : MyVi Ummi wajah lama….

Tanggapan orang mungkin berbeza, tapi kami tahu apa kami buat.. since tu… nanti sambung part 2.. apa kejadian seterusnya selepas let go kereta mahal…hidup dengan Myvi dan ….

Point: Jangan lihat orang ada, kita nak ada. jangan lihat dia sekarang, tapi tanya berapa banyak air mata tumpah atas kepayahan dilalui untuk dia senang.

Jangan malu nak berubah ,jika tak mampu. Hati tenang lebih banyak rezeki hampir. Tidur lena. Salam dhuha.

18 thoughts on “Jangan MALU untuk berubah”
  1. dana dulu bawak kancil manual masa bujang, duduk Kl dengan kereta manual mmg agak mencabar. Ada rezeki lepas kawin tahun 2010 dana beli myvi auto , nasib ada rezeki naik tangga gaji… suami pun ada wira masa tu struggle jugak la awal kawin kan… tapi sekarang dah 10tahun kawin dana masih bawak myvi tu lagi kak… walaupun dah lama habis bayar, tak rasa nak beli kereta baru sebab kami ber3 je. Teringin memang teringin beli kereta baru tapi selagi myvi ni masih sihat, masih ok untuk jalan ke mana-mana kami guna je. Malas menambah hutan lagi kak hehehe

    Orang cuma boleh cakap kan kak, kita yang lalui, kalau kita susah takde duit orang bukan nak bagi duit…

  2. ya betul…pedulikan kata-kata orang.. mewah bukan di mata, tapi dijiwa yang penting. pakai selagi mampu dan berguna..kalau dah worst sangat baru fikir nak tukar. Hidup tak boleh berlumba nak senang tanpa usaha.

  3. begitulah perjalanan kehidupan kita ni Ummi, naik turun pasang dan surut 🙂 semua tu kak ana dah alami juga asam garamnya dan sampai lah ke hari ini masih terus diuji.

  4. takpe tau un, kita tahu kemampuan kita kat mana..ada beberapa part yang sama dengan saya..sebelum kawen, saya dan suami ada kereta masing2…lepas kawen, mampu bertahan kejap je dengan dua kereta, then beli satu motor sebab masa duduk KL, agak costly nak bayar tol merata2..bila pindah kedah, satu kereta kena let go..tinggal kereta viva saya dan motor suami aje…sampai sekarang ni gitu lah..memang ada impian nak ada kereta lebih besar, senang nak bawak family jalan2, tapi bukan keperluan buat masa ni…nanti la tunggu kewangan da stabil betul2…

    dan sekarang, rasa struggle jugak nak bayar bulan2 yang viva tu je pun, dengan belum ade sumber kewangan yang tetap..bila adik2 or kawan2 tanya pendapat nak beli kereta, terus terang kat diorang, beli sekadar yang perlu untuk kita pergi dari satu tempat ke tempat lain dah cukup..sebab kereta ni datang dengan maintenance…banyak pakai duit…bila da betul2 stabil dan yakin, boleh la beli kereta lain…

    1. ya betul 2 kereta kena tgk juga keperluan atau kehendak, kalau salah tafsir tu yang kena tanggung hutang yang banyak. walhal tak digunakan pun, masa pakai wish tu, wish park je kat office sebb jarang guna..alasan nak pakai kereta besar masa tu nak jalan jauh tapi pikir semula, bukan hari2 nak long distance…

      betul kata sunah, cukup kereta ni untuk bawa p satu satu tempat… bukan jenama lambang ketenangan, sbb bebankan pakai kereta ni panjang…minyak pun nak kena isi, maintenance dan isnurance lagi hehehe

    1. Un dan suami belajar bnyk perkara dalam hidup..tulah kawan kena cari yang betul juga.. bukan yang meterialistik dan tgk pada dunia..hehehe silap pilih kawan kita sendrii tanggung susah:)

  5. Pengalaman mendewasakan kita. Lumrah hidup ada up and down.
    Mrs. A pun ada gak pengalaman lebih kurang sama macam ni.
    Tapi tulah abaikan aje yang negatif mereka hanya tengok luaran sahaja kenyataannya
    kita lebih mengetahui yang penting kita bahagia ha gittewww…
    Suka quote nih “wearing cheap clothes or driving and old car doesn’t make you broke. You got a family to feed not a community to impress”.

  6. saya dah pakai Preve ni sejak 2012. Anak 4 org. Kdg2 bila nak travel anak2 complain x selesa. Masa ni la nak bersesak. Bila dah bsr n study jauh x de pun nak naik kereta dgn mak ayah. Nanti bila tua kereta ni bawa gi pasar n masjid je.

    1. abam kie, lepas myvi tu UN la ni pakai exora..anak dah 4..lepas tu senang nak bawa mak dan adik beradik nak tumpang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *