rewards anak

Berlalu sudah cuti sem aku kali ini. Dan meraikan cuti sem 1 – aku dan family dah habiskan cuti di merata tempat. Dari Pantai Timur – Selatan Tanah Air. Juga masa itu aku gunakan sebaiknya untuk bonding dan rewards dengan anak dan suami.

BACA juga : H Elite Design Hotel – rewards anak disini

Dan oleh kerana Along dan Angah banyak bantu aku takala aku sibuk, mereka dapat lucky draw la kali ni. Aku pilih bawa depa dua untuk bonding dan rewards dengan tealive dan kfc.

Apa yang anak buat sampai kena bagi rewards?

Okay, kalau yang baru follow blog aku, aku sebenarnya banyak lepaskan tanggungjawab jaga adik dan rumah pada anak-anak. Dalam masa yang sama aku ajar mereka berdikari. Alogn dengan angah lah yang jaga adik ketika aku dan suami keluar bekerja. Dan kalau kami dua-dua ada hal kat luar, Along orang kepercayaan aku!

ANGAH pula, walaupun dia ni OCD sikit, tapi bab kotor, basuh berak adik-adik, dia onz je. Dia juga yang tukar lampin dan pampers adik. This year, Angah darjah 1, tapi sejak dia 6 tahun dia dah buat semua tu. Aku selalu tegur Angah, tapi di juga layak dipuji dan dapat rewards.

Angah dengan Along dah boleh di harap. Syukur. Kakak, nanti pula rewards, kakak ni banyak bergantung pada abang-abang. Ehm.. manja + rajin dua perkara …kakak rajin tapi bahasa lain..malas hahaha. Semua nak harap abang-abang buat. Tapi bab baca buku no.1. hehehee

Baca juga : Rewards anak jika mereka baik

Bonding dan rewards anak-anak

Tealive – ni kali pertama bawa depa minum tealive. Aku bukan kedekut, dan duit yang ada boleh belanja pada benda yang lebih baik. Tapi ANGAH TAK SUKA SANGAT TEALIVE..So, dia bawa balik bagi abah. SEBELAH dengan tealive KFC, jadi beli kfc ala carte dan mkan di KFC :).

Bonding dan rewards dengan anak
Bonding dan rewards

Along memang suka bubble tu, dia layan je. Apapun anak-anak dapat rasa depa istimewa. Itu yang aku nak. Lepas ni aku dah sibuk dengan sem2. Harap anak-anak dapat jaga diri dan pelajaran sebaiknya. 🙂 Doakan anak-anak UN dan juga UN sendiri ya. UN juga doakan kalian yang baca ni lebih baik pada 2020 ni. 🙂 Selamat menjemput rezeki. : )

12 thoughts on “Bonding dan rewards anak; dengan Along dan Angah”
  1. as a mom ni kita ni kalau boleh memang nak habiskan masa dgn anak2 kan. esp yg kecik2 lagi ni kan..
    sebab like me anak2 dah besar. kita dah tak terkejar dgn time diarang.

    apa2 pun tetap anak2 number 1.

    1. ya sis, anak2ni sekejap sangat depan mata…tgk2 dah besar.. sad sangat bila termarah mereka..while im tired.. so rewards maybe cara terbaik utk tackle their heart again too

    1. ya betul…ingatan buat diri sendiri juga, mesti rewards sesuatu kalau kita berjaya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *