Bismillah hirrahman nirrahim. Kali ini UN nak share hotel yang mana menjadi pilihan UN untuk stay ketika kami bercuti ke Kelantan baru-baru ini. Susah nak describe! Tapi, nak bagitau bahawa H Elite Design Hotel Kota Baru Memang Best, paling best!
Hotel ini baru dibuka pertengahan 2019. Terletak tak jauh dengan Pasar Che Yeh. Kiranya, hotel ini menjadi pilihan utama, jika bercuti ke Kelantan. Hotel baru, cantik dan kemas! UN dan family happy sangat stay kat sini. Puas hati tau, bilik macam ni bayaran hanya RM115.00 sahaja. Berbaloi.. dengan pelbagai jenis rak, toilet cantik dll kemudahan.
H Elite Design Hotel – Swimming Pool Mesra Family
Percutian bersama keluarga amat memerlukan suatu fasiliti yang boleh memenuhi kehendak dan keperluan keluarga. Contohnya, salah satu elemen penting bagi UN adalah swimming pool. Dan..taraaaa…dekat sini, swimming pool terbaik.
Bagi negeri Kelantan, inilah satu-satunya hotel yang bagi UN mesra keluarga. Kami boleh bersama dengan anak-anak bermain dan menghabiskan masa bersama disini. Tq H Elite Design Hotel kerana memahami keperluan keluarga dalam merancang percutian.
Baca Juga – Grand Puteri Hotel – Konsep Islamik tapi… tak sesuai bila…
Serius, hotel ini menjadi tumpuan bagi orang Kelantan sendiri dan kepada keluarga yang ingin bercuti di Pantai Timur ini. Hotel yang selesa dan mesra pengunjung.
Melihat senyuman anak-anak cukup menggembirakan hati seorang ibu. Ya, pilihan hotel kali ini sangat tepat. InsyaAllah kalau datang sini lagi, memang nak repeat stay di H Elite Design Hotel ini.
Baca juga : Masjid Beijing Kelantan ; dekorasi unik tanda keagungan Islam
Owh ya, kalau datang kesini, pastinya malam hari adalah waktu membeli belah di Pasar Che Yeh. Sungguh mata ni memukau melihat kilauan pada tudung bawal, tapi atas sebab bukan suatu keperluan Un tak beli pun. Bawal UN pakai bila banyak masa sahaja, lain-lain waktu Bokitta menjadi pilihan UN. Tak payah iron terus sarung.:)
Kalau korang nak tengok fasiliti lain di Hotel ini baca di blog Sunah 🙂
Best tu ada swimming pool boleh satu family main air. Tak payah sibuk nak pergi waterpark.
YA betul tu…dpt bersama keluarga tanpa kos yang besar.
Wahh kira murah jugalah harga tu, facilities pun nampak terjaga elok – siap ada swimming pool lagi.
ya, nnt kalau p sana..try la stay sini.. mmg berbaloi
aaaa bestnyaaa dapat duduk sini! rinduuuu lak! nak duk sini lagi kalo ke kelantan..yeehaaa!
nah sape nak baca, belek sini: https://www.sunahsukasakura.com/2020/01/h-elite-design-hotel-hotel-4-bintang-di.html