• cabaran wanita sambung belajar
    UMCCED

    Keputusan sem 1 – bila mak sambung belajar

    [Tanpa kefahaman, hormat dan tolak ansur…takkan capai ….] Bismillah hirrahman nirrahim….Sem.1 berakhir dengan penuh kegembiraan. Namun, nak selesaikan satu semester tu, ditemani dengan air mata. Baca juga : Sambung belajar di usia tua … Bukan air mata kesusahan belajar sahaja, tetapi air mata mengingatkan akan pengorbanan suami dan anak-anak. Mereka makan apa sahaja yang terhidang, tanpa komplen. Mereka (anak-anak) selesaikan kerja sekolah, tuisyen dengan bantuan ayahanda mereka. Tidur berlapik lengan, ditemani suara doa dengan ayahanda mereka. Satu semester, environment baru, seorang ibu kembali ke landasan pelajaran. Ada masa balik ke.rumah, ada masa jenguk seketika…nak final…berkampung di asrama. Anak-anak ditingalkan. Its hard!! Bukan mudah, tanpa sokongan keluarga. Bertekak, bergaduh,penat semua tu…