Hadiah untuk diri sendiri
Umminani

Hadiah untuk diri sendiri di akhir 2019

Alhamdulillah, hampir ke 2020. 2019 apa yang aku kecapi? Ehm banyak nak di listkan. Tapi paling berharga aku dapat sambung belajar DESS UM 2019/2021 dengan tajaan penuh JPA. Dan aku dapat ini pun satu rezeki yang patut aku hargai, kos kerajaan tanggung up to RM57k bagi 2 setengah tahun.

Dan sepanjang tahun 2019, hahaa aku hangus CMX – 4 (KOS 1/RM139.00) , Voila Maxi – 12 (kos 1/RM129.00) Bokitta. Huhuuhuu.. alamak..dah kira macam ni baru nampak berapa jumlah hangus. psssttt.. pejam mata, tutup telinga, rupanya banyak juga ter beli Bokitta 2019. Berhantu sungguh!

Jam Bonia ke-2 aku..

Dan akhir tahun ini, aku hadiahkan diri sendiri dengan jam tangan Bonia. Korang jangan pelik,aku ni jenis setia dan kalau suka satu-satu benda dan patern aku ulang yang sama je.

Korang rasa mana satu yang lama? hahaha ada juga dalam photo ini jam lama. Warna je berbeza, tapi design sama. kahkahkah

Jam ini boleh tulis nama kat belakang jam. Special sikit la ada trademark gitu. Kos untuk lazer nama ‘FREE’.

Lepas pujuk rayu akhirnya jam yang RM598.00 dapat less sehingga RM450.00. Syukur sangat. Tapi aku beli kat depan kedai Hush Pupies, kalau kat butik design sama, tapi x dapat kurang harga langsung.

Kali ini box silver dan mewah. Kalau dulu bentuk love gitu. Masih tersimpan elok.

Thanks husband, temankan i mencari jam yang sama tapi berbeza. hahaha bukan xder taste lain, tapi aku memang jenis yang simple. As long aku puas hati, biarlah sama je asalkan warna berbeza. hahaah (rahsia; baju yang aku pakai ini ada warna sama 2 lai, dan design sama, warna kelabu dan biru cair..) .

Next year, harap aku insaf la membeli ..hahah dan next year niat mau travel Doakan cuti sem bulan 1 dan bulan 10 aku dapat travel jauh dan dekat.. hehe Okaylah, sekian catatan memori aku hari ini. 🙂 26/11/2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *