bercuti di Morib Gold Coast

Happy birthday adik Ben! Nama Zakkir tapi nama glamour Ben. Walaupun masih dalam isu Covid, sebenarnya ada kerisauan juga nak keluar. Namun, kami dah cuba buat prevention yang terbaik, sehabis baik. Un last minit booking Bilik A1110 untuk bercuti di Morib Gold Coast sempena birthday adik Ben ke 4 tahun.

Bilik A1110 untuk bercuti di Morib Gold Coast

Un last minit sebenarnya decide. Kami pilih tempat yang jauh daripada kekecohan Covid-19. Dan dalam pencarian terjumpa dengan Bilik A1110 di Morib Gold Coast. okay la bilik dia, selesa dan luas. Ianya bukan bawah pengurusan Morib Gold Coast, tapi milikan personal.

Cost dapat RM105.20 (tanpa breakfast).
Jangan sesuka hati ambil. BACA dengan teliti sebelum mencuba sesuatu. Hot Cup RM4.50, Keropok LAYS : RM6.50, Twiestis RM3.50 (bad things is… letak harga yang 65g, while barang yang diletakkan adalah saiz 15gm) Menipu tak?

So far bilik selesa sangat. Dan peerhiasan pun minima. Masih berkonsepkan hotel. Cadar pun IKEA tau..hahaha! Bilik dont worry superb!

Bilik A1110 Morib Gold Coast ini terletak di Level 1. Dari bilik dapat lihat pemandangan ini. Memang lawalah. Ini golongan yang masih bawa anak mandi manda. Un memang tak bagi, sebab risau juga dengan kebersihan dan isu Covid-19 ni. Tengok jer la dari bilik. Budak-budak pun faham.

Dalam bilik mandi ada Jakuzzi !

Sekitar percutian di Morib Gold Coast

Kami berjalan-jalan sekitar pantai Morib. Cuba elakkan tempat yang memang crowded. Masa makan dan minum petang pun duduk jauh-jauh daripada orang tau 🙂

Sekitar pantai ini best petang. Cuma kami tak berani nak duduk lama-lama. Walaupun jauh dari orang ramai, jengah sekejap je. Lepas makan terus gerak balik bilik.

Malam – Sejurus balik bilik, kami rehat , makan dan solat. Mula-mula plan tak nak turun pun ke tepi pantai..tapi anak-anak dah excited nak tgk fireworks show. Kami turun tengok sekejap.

Kawasan main yang selesa : Kat area tepi pantai ni ada tempat buaian. Tapi kalau nak main tali yang adventure kat bahagian atas tu kena bayar RM10.00.

Kawasan sekitar ini ada tempat nak bergambar lawa-lawa. Bolehlah nak OOTD 🙂

Kampung Batu Laut, Selangor

Sini kampung yang damai, boleh bawa anak-anak jalan kenal dengan bot dan belajar tentang alam.

Sarapan pagi di Gerai Sarapan Pagi Mohammad Hussin, Morib

Total harga kami makan – Roti Canai 6, Tosei 1 dan Roti Bom 2 bersama Air Teh Panas 1, Kopi O Panas 1 dan Milo Ais 2 adalah RM18.00. psst : Tosei dia sedap sangat. Memang rasa masakan di rumah, berbeza dengan kuah di kedai mamak. Should Try.

Happy Birthday Adik – Nyanyi . Masa ni depa menyanyikan untuk Ben.

Lepas menyanyi, bawa depa pergi Speedmart. Ini hasil pancing di Speedmart.

bercuti di Morib Gold Coast
bercuti di Morib Gold Coast
bercuti di Morib Gold Coast

Dah settle cerita kami bercuti di Morib Gold Coast. Yang mana baik daripada Allah swt, yang buruk daripada kami sendiri. InsyaAllah tak ada apa-apa berlaku , minta dijauhi. Sekian. Terima kasih pada yang membaca.

5 thoughts on “Bercuti di Morib Gold Coast sempena birthday adik Ben”
  1. Dah masuk tahun 2020 baru nak sampai morib ….tp sekarang ni kena kuarantin kat rumah je sebb covid 19 , harap wabak ini lenyap terus di muka bumi ini….

  2. Booking bilik personal ni thru agoda ke atau direct dgn owner.. Bleh share contac no x?.. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *