Pasar Payang Baru telah dibuka pada Julai 2019. Dan ini adalah kali pertama UN kesana bersama keluarga. Pasar Payang lama sudah tiada lagi. Memori sahaja yang tinggal.
PARKING : Berada di kawasan Pasar, parking menggunakan mesin yang mana pengunjung harus meletakkan syiling dan pamerkan kad di dashboard kereta. Bayaran satu jam RM0.60 sahaja
Barangan di jual di Pasar Payang memang banyak. Ada pelbagai jenis cenderahati, makanan dan batik.
Ini pula di bahagian luar pasar payang, ada gerai jualan makanan kering. Ada keropok, ada kuih muih dan pelbagai jenis budu dll.
Jualan batik dan pelbagai jenis barangan kraf ada dijual disini. Mak un memborong batik Terengganu disini.
Belon ni bukan FREE
Kalau ke PasarPayang, ada juga penjual yang menjadi badut. Ehm… belon belon ni bukan free k, satu RM5.00. Kalau anak-anak nak, bolehla belikan, UN tak beli. hehehe ingatkan FREE.
Berehat seketika di kala penat
Penat berjalan? Jika ya, pengunjung boleh berehat di sekitar depan kedai emas di tepi pasar. Boleh lah kalau nak berehat sambil menikmati keropok leko mahupun keropok kering. Boleh berehat seketika sebelum memulakan perjalanan. 🙂
Sebagai cenderahati, anak-anak beli 3 ekor penyu dan Along beli key chain.
Kakak sarah try je ni.. saja suka-suka.
Overall – tentang Pasar Payang Baru , Terengganu
Keseluruhannya, Pasar Baru sangat kemas, selesa dan bersih. Untuk pengunjung luar, memang senang nak cari barang. Penyusunan kedai sistematik dan mudah untuk mencari barang yang diperlukan.
Kalau lihat sekali imbas, Kedai Payang ini menyerupai ASEAN NIGHT MARKET di HATYAI.
Melangkah masuk ke Pasar, susunan susun atur seakan sama dengan Asean Night Market. Berada disini, pastinya memikat mata melihat, lebih membahagiakan apabila dapat membeli barangan yang disukai. 🙂 Jadi, kena bijak belanja dengan berhemah ya…hehehe dugaan sebagai wanita sangat kuat disini..hahaha.
Baca disini : Grand Puteri Hotel – Konsep Islamik tapi… tak sesuai bila…
Pastinya, shopping disini memberikan satu semangat baru untuk peniaga dan juga pemandangan baru kepada pengunjung. Selamat membeli belah disini 🙂 Nak tengok lebih banyak gambar : UNxTerengganu
pasar payang baru ni walaupun cuma setingkat je tapi memang bagi dana lagi bersih dan tersusun dari yang dulu, yang dulu tu selain panas agak sempit juga… dana baru sekali je pergi ke pasar payang baru ni, oktober 2019 tapi tulah tak dapat jalan betul-betul, sebab masa terhad masa tu… kalau dapat ke KT memang nk ke sini lagi
ya betul tu Dana, sini mmg kemas dan bersih. UN suka lah…mata ni selain nampak kain2 lawa..makanan pun sedap2 oiii..heheh
ya betul tu Dana, sini mmg kemas dan bersih. UN suka lah…mata ni selain nampak kain2 lawa..makanan pun sedap2 oiii..heheh
pernah pergi sekali pasar payang ni…tapi rasanya yang lama kot sebab pergi sebelum tahun 2019 kalo tak silap…
IQ org ganu pun tak sempat berkunjung ke pasar payang baru ni lagi. hari tu pergi tak terasa sangat nak masuk, tapi bila tengok ummi nani update tentang pasar payang baru ni terus terasa macam nak pergi. huhu
Kan..un masuk macam tak mau keluar tau..hahahah makanan kat sini pun menggoda sangat ! pergi lah …best bagi un
Last jejak terengganu tahun 2001. Lama sangat dah tu. Nak ke terengganu pun rasa jauh. Harap ada rezeki jejak terengganu. Nak juga tengok pasar payang yang serba baru ni