TERENGGANU DAY-1 MESS PGA GONG BADAK

5.11.2015 Kami sekeluarga bertolak dari  Bukit Aman dalam jam 9.30am, sebab pagi tu ayahanda budak-budak ini aa kerja yang kena selesaikan di pejabat. Takper, cuti dah lulus, so pergi mengadap boss sekejap okay la. Macam dapat restu daripada bapak la kan… 🙂

Kami makan dulu sementara tunggu Mr Suami, ayahanda anak-anak ini buat kerja kat pejabat. Destinasi sarapan kami adalah di MESS, Bukit Aman.

Maisarah demam masa ini, panas jer badan. 

Compare dengan gambar diatas mana satu hensem??
Ummi Pilih yang bawah.
Jadi, kita semua kena lebihkan senyuman dalam apa juga keadaan. Setuju ??

4 gambar kebawah adalah gambar suasana Mess, Pegawai Kanan PDRM di PGA, Gong Badak, Batalion 9.
Sangat affordable dan sesuai untuk percutian low cost atau percutian budget. Ini khas untuk pegawai kanan polis. Harga bilik 1 malam hanya RM60.00 

Kami diberikan 2 tilam bujang untuk dimuatkan dalam bilik. So, sangat selesa. Sebab datang nak berjalan-jalan kan, budak nak rehat dalam bilik sahaja. Ini pemandangan belakang bilik, menghadap padang golf.

Ini gambar bahagian depan Mess Pegawai Kanan / Transit. Parking yang sangat selesa. Hujan bukan satu isu untuk keluar masuk dan yang pasti tak berebut-rebut parking.

Kami sekeluarga di Transit Pegawai Kanan. Yang bestnya, untuk menginap disini, mana-mana pegawai kanan hanya call terus Mess PGA. Tidak melalui Bukit Aman.

Permandangan di pantai ini hanya kurang 5 minit dari PGA. Bersebelahan dengan Universiti Malaysia Pahang.
Geramnya tengok ikan yang baru dinaikkan. Harga sekilo adalah mengikut saiz dari Rm6-10 macam tu. 

Destinasi makan kami di waktu petang adalah di kedai tanpa nama ini. Mee kari paling best. Harga dari RM3-RM4.50 sahaja. Murah dan sedap. 

Kawasan ini sesuai untuk riadah sekeluarga dan tidak bahaya untuk anak-anak bermain pantai dan pasir. 

Selepas balik dari pantai tadi, anak-anak mandi kat luar jer, bersihkan diri dari pasir dan air laut.

Hari pertama kami berlalu dengan selamat dan bahagia.

Next  : Malam di Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge