Isu

Eye Pro Vision Milik William ; Kedai Spek Viral Sungai Wei,Bukit Bintang

Hi dear, sory agak kebizian. Ha! Tudia…. betoi lah sejak duduk IPD Kajang selama masuk 4 bulan, memang busy. Kerja banyak, tapi enjoy sangat. Sebab tu, mata pun dah minta spek baru ha! Kebetulan masa Un survey (mestilah nak yang harga murah😄), lalu di newsfeed kedai spek Eye Pro Vision Milik William ; Kedai Spek Viral Sungai Wei,Bukit Bintang.

Eye Pro Vision Milik William ; Kedai Spek Viral Sungai Wei,Bukit Bintang

Nak pergi sana tu, bercinta la dulu. Sebab memang xder masa. Nak berlari pun tak sempat, sehinggalah UN kena pergi ke Bukit Aman pada minggu lepas. Jadi lepas habis tugas terus melangkah ke Eye Pro Vision, Kedai Spek  yang Viral Sungai Wei,Bukit Bintang.

Tak susah nak mencari. Naik escalator ke G floor jalan sikit terus nampak terpampang jelas nama kedai Eye Pro Vision. Dalam hati,  inilah Kedai Spek Viral Sungai Wei,Bukit Bintang tu. Memang serius ramai orang sangat.

Kenapa kedai Eye Pro Vision Milik William ini viral?

Sebelum melangkah masuk, dah nampak bunting spek harga Rm65.00. Tapi, manalah nak percaya. Teknik marketing je tu! Biasalah businesskan. Marketing nak untung je! Rupanya Un silap. Bila melangkah sahaja masuk, Un disapa oleh seorang lelaki cina. Mana tau tu owner. Masa tu dengar jer la apa dia cakap.

Kak, sini ada lebih 2000 pilihan bingkai spek. Kak boleh buat dengan harga murah. Kita sini tak ada hidden kos owhhh, bingkai sama lense Alpha Blue 420, baru Rm125 saja loh.

Wah, betul ke nih. Teruja! Dah dengar sikit tu, manalah puas hati. Nak kena dengar lebih jelas lagi. Jadi, William suruh duduk dan explain lagi. Dia compare dua jenis lense. Memang jelas, daripada “experiment” tu, kanta Alpha Blue 420 ini tak tembus cahaya.

Explain William lagi;

Ini bagus bagi u orang yang kerja hari-hari mengadap komputer. Budak sekolah pun bagus. U memandu malam, silau mau bawa kereta, ini lense sangat bagus. You mau kena cuba!.

Fuh.. William ni, ada je tau nak tambat hati i suruh buat spek. Tapi cakap kosong tak mau la. Terus William suruh UN check bacaan silau dan rabun. Agak korang, Un species kena tambah power ke tak?? Huhuu!

Selepas check mata, Un diberi konsultasi lagi. Memang patut pakai spek , lense jenis ALPHA BLUE 420 ini. Silau owhhh! Bila check lagi ketebalan power spek, dibantu oleh William la… memang terang dan jelas! Serius rasa macam hilang selaput @ mata berair.

Jadi, selesai check mata dan lain-lain, Un terus la pilih bingkai. Try satu persatu jugalah. Rambang mata! Banyak sangat pilihan, nak bulat ke, bujur ke..hipster ke.. budak sekolah ke..semua ada. Risau salah pilih, nanti Un yang muda jadi nampak tua pulak. 😅.

Ilmu Imej – Pilihan Yang Sesuai

Berbekalkan ilmu imej yang Un belajar, Un nekad pilih bingkai seperti dalam gambar. Yesss..okay ke okay?

Un share dengan member, ramai kata pilihan UN tepat. Jadi, Un dah praktiskan ilmu yang UN belajar secara tak langsung lah.

Total masa Un tunggu untuk spek siap, SEJAM. Serius dalam masa sejam tu, Un solat dan nak makan pun tak sempat. (Lepas solat, window shopping, mana nK sempat makan. 🤣). Sejam lepas tu, pergi semula memang dah settle spek Un. Thank you William, janji ditepati.

Sebabkan William ini baik hati sangat, Un rasa terharu menerima layanan daripada Dia. Jadi, rugi tak abadikan kenangan buat spek di Eye Pro Vision Milik William (baru tau dia punya kedai!!) ; Kedai Spek Viral Sungai Wei,Bukit Bintang jika tak bergambar dengan owner dia yang baik hati. Jaranglah buat spek nak bergambar sakan, tapi sebab William layan Un macam VVIP, so UN rasa touching..ewahh.!

Bila Un share tentang kedai Spek ini kan, terus ada kawan Un pergi buat spek di kedai sama. Anak sedara Un pun di Pahang, dah tanya nak balik Kl buat spek di kedai ini juga. Owhh lupa nak share, masa Un dalam kedai inikan, ada adik chinese ini, dari Sarawak. Datang buat spek lagi, walhal yang lama masih elok. Kata dia, sebab sini murah. Sanggup kan..dan memang pelanggan setia kedai William ni.

Korang kalau nak kesana, boleh juga naik je MRT. Jimat masa dan parking. Jangan lupa masa nak buat tu tanya tentang lense ALPHA BLUE 420. Takut nanti balik tak puas hati, sebab salah buat.

Okay, kalau ada yang nak terjah, boleh ke :

Eye Pro Vision, Lot G111 ; Kedai Spek Viral Sungai Wei,Bukit Bintang.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *