Sukakan kari? Ya, kami memang peminat kari. Biasanya masa kerja di Penang dulu, Ummi dengan kawan-kawan kami selalu lepak di Litte India dan makan nasi daun pisang. Ketika itu kami akan makan bersama jika masing-masing ada kelapangan waktu. Kini kerana rindukan suasana, hari ini Ummi dengan rakan-rakan KBBA9 ke Restoran Curries N Claws untuk menikmati nasi atas daun pisang @Banana Leaf + Seafood + Curries.
Restoran Curries N Claws Saji Nasi Atas Daun Pisang @Banana Leaf Rice + Seafood + Curries.
Bertempat di Citta Mall kami berjanji untuk berjumpa. Suasana yang asalnya sunyi sepi , akhirnya bertukar gamat dengan kehadiran kami dengan keluarga dan juga pengunjung restoran Curries N Claws sedia ada.
Yang bestnya disini, kita boleh memilih suasana yang kita inginkan. Samada ingin menikmati sajian makanan tengahari di luar kedai dengan keadaan “open air” atau dalam “air cond” yang selesa dan sejuk.
Menu di Restoran Curries N Claws
Banana Leaf Set – Terdiri daripada 3 Jenis Sayuran, Nasi, Kari , Cili Goreng dan Rassam rm10.90
Boleh ditambah dengan menu “Add ons” – Ikan Bilis Goreng dengan Bawang RM5.90. Ikan bilis Sambal RM5.90, Omelette RM3.50
Menu Special Lunch – Set The Bunner
Hari ini kami sepakat untuk menikmati set The Bunner yang terdiri daripada Potpouri Fish , Udang, Sotong dan Ketam. Masakan ini boleh dipilih untuk dimasakk dengan rassam ataupun berkuah tomyam. Rasanya pedas-pedas gitu.
Tapi yang best tu, ketam memang terasa kesegaran isi ketam yang dihidangkan. Sedap! Untuk set “The Bunner” boleh dinikmati oleh 2-4 orang satu set. Harga semasa RM49.90.
Menu pilihan selain nasi Curries N Claws :
Untuk menikmati makan disini tentukan adalah lebih menyeronokkan jika ada pelbagai pilihan makanan. Jadi pemilik restoran menyajikan pelbagai jenis roti canai, nasi lemak dan juga makanan bergoreng seperti nasi goring ayam, mee goreng mamak, bihun goreng Singapore dan maggi goreng.
Kata pemilik Restoran Curries N Claws – “Restoran ini di buka bertujuan menyajikan makanan India yang lebih berprestige kepada pelanggan dengan suasana lebih selesa dan bersih.”
Ya tidak dinafikan keseluruhan reka bentuk dan kebersihan kedai amat memuaskan hati. Kami selesa untuk menikmati makanan disini. Jika korang ada plan untuk tempeh lokasi sebagai lokasi untuk meraikan birthday keluarga secara kecil –kecilan Ummi cadangkan boleh diadakan disini. Suasana di luar restoran selesa dan pastinya amat menyenangkan kita dan tetamu.
Kesimpulannya :
Keseluruhannya, Ummi nak ajak ramai-ramai kesini jika sangat-sangat ingin mencuba menu masakan atas daun pisang sambil merasai pengalaman anda disajikan dengan tertib tradisi menu ini.
Jemput klik video ini untuk saksikan keseluruhan gambaran bagaimana menu atas daun pisang dihidangkan. Bye, jumpa lagi pada entry akan datang. Bye
Maklumat lanjut:
Facebook : Curries N Claws – https://www.facebook.com/curriesnclaws
Instagram : Curries N Claws – https://www.instagram.com/curriesnclaws/
Address: G – 10, Ground Floor, Citta Mall, No. 1 Jalan PJU 1A/48, PJU 1A, Ara Damansara, Petaling Jaya
Opening hours: Everyday. 10 am – 10 pm
dah lama teringin makan atas daun pisang ni.. menarik.. siap ketam tu..
Ya ampun….
Kuah kari ketam dia memang terlajak kawwww! Ada roti ke sebuku kot Nina boleh habiskan cecah ngan kuah dia jer…Mabeles!
Nanti kita pi lagi eh….
sedapnya makan atas daun pisang
teringin nak makan nasi daun pisang…