• Food Review

    Curries N Claws Restoran di Citta Mall Saji Nasi Atas Daun Pisang @Banana Leaf

    Sukakan kari? Ya, kami memang peminat kari. Biasanya masa kerja di Penang dulu, Ummi dengan kawan-kawan kami selalu lepak di Litte India dan makan nasi daun pisang. Ketika itu kami akan makan bersama jika masing-masing ada kelapangan waktu. Kini kerana rindukan suasana, hari ini Ummi dengan rakan-rakan KBBA9 ke Restoran Curries N Claws untuk menikmati nasi atas daun pisang @Banana Leaf + Seafood + Curries. Restoran Curries N Claws Saji Nasi Atas Daun Pisang @Banana Leaf Rice  + Seafood + Curries.   Bertempat di Citta Mall kami berjanji untuk berjumpa. Suasana yang asalnya sunyi sepi , akhirnya bertukar gamat dengan kehadiran kami dengan keluarga dan juga pengunjung restoran Curries N…