Rezeki bekerja di hari minggu

Hari ini adalah hari bekerja bagi Ummi. Yang mana berjalan-jalan bersama keluarga tu, tahniah.. hehe Ummi, sebulan sekali mesti kena bertugas bilik gerakan. Waktu kerja pula daripada 8am-8pm. 12 jam duduk di pejabat, kerjanya adalah memantau perjalanan lebuhraya satu Malaysia dan apa juga kes menarik yag berlaku.

Syukur sepanjang siang tadi, semua selamat. Cuma ada seorang anggota balai accident di susur Rawang. Daripada laporan saya dapat, anggota tersebut mengelak daripada binatang.

Setelah mendapat rawatan, dia cuma disahkan patah tangan. So, esok siapa yang menunggang motorsikal hati-hati yer.

Sepanjang hari di pejabat, ingat tadi nak pergi join event Fim Motorsport 2017 yang Ben Ashaari pergi. Tapi memandangkan rehat pun sekejap, jadi duduk jerla dekat pejabat.

Dapat bekerja hujung minggu macam ini pun rezeki tau. Ha! Kenapa rezeki? Rezeki bagi Ummi yang anak ramai untuk berehat. Hahaha tapi kasihan la, abah yang ambil tanggungjawab hari ini. Biasa macamnilah,jik tidak dibawa kepejabat mereka akan duduk dengan abah mereka.

Yang best tu, duduk dengan abah baik. Semua dengar kata, makan tak berapa bersepah. Kalau dengan Ummi. .huhuuu.. sabar jer la. Lagi satu duduk dengan abah ini tertib. Semua ikut jadual masa. Masa makan, kena makan, masa baca buku mestilah kena baca buku dan tengahari wajib tidur. Boleh pula tu. Adik pun tertib, tak ada lah nak cari Ummi nak BF!

Ummi sampai rumah pun dah jam 9malam. Sempat menatap wajah anakanda seketika. Tapi ketahuilah balik jer Ummi, semua nak. Daripada Along hinggalah adik.. Sabar!

Okaylah, nak rehat. Esok nak kerja lagi. Selamat malam semua.

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge