Hi, p mana hujung minggu ni? Eh..silap cuti awal muharram hari ini. Esok baru Sabtu..haish kalau cuti Jumaat mesti rasa cepat je.
Kami ini kat rumah tak ada Astro, hanya ada Hypp Tv sebab Ummi langgan Unifi.
Sejak kebelakangan ini, kami tak sempat nak dating tengok wayang. Busy kerja , mak datang dan masa yang sama orang mai buat renovation rumah. Jadi, kami beli siaran.
Maze Runner ini mula-mula menyeramkan, tapi once dah tengok Ummi rasa patut untuk di tonton bersama anak-anak.
Moral dalam movie Maze Runner:
Pertama: Ada sifat ingin tahu yang mendalam.
Thomas watak utama dalam movie ini menunjukkan sifat ingin tahu yang sangat mendalam apabila dia terjatuh dari lift dan sedar yang dia hidup di kelilingi dinding. Dia nak tahu, apa yang tersembunyi di sebalik wall tersebut.
Kedua: Berani mencuba.
Thomas sangat berani mencuba. Walaupun dia ahli baru yang tercampak di dalam kawasan tersebut, dia berani mencuba memasukki wall tersebut.
Ketiga: Kerjasama dan persahabatan
Semasa Thomas memasuki wall tersebut semasa ingin menyelamatkan rakannya “runner” yang disengat, dia sedaya upaya menyelamatkan rakannya. Walaupun dia terpaksa menggadai nyawa dan dalam keadaan bahaya.
Ummi bagi 3 sahaja, kalau ada kesempatan cuba tonton. Banyak lagi moral yang kita boleh pelajari dan ajar anak melalui kisah ini. So, filem ini walaupun nampak menyeramkan, sebenarnya sangat bagus untuk tontonan satu keluaga.
Okaylah..selamat menonton ya. Semoga hujung minggu terisi dengan program bermanfaat.Kita pilih apa yang ingin kita tonton, baca dan buat. pilihan di tangan kita. Jangan biarkan televisyen memaparkan apa sahaja tanpa kita sekat dan pilih program yang bersesuaian.