Alhamdulillah hari ini ada kesempatan untuk mengetuk key board nak kongsikan keseronokkan makan ramadhan buffet di Restoran Rallegra Putrajaya Equestrian bagi tahun 2017. Menerima jemputan dari last week buat Ummi teruja nak ke sana. Sebab ini adalah tahun pertama Putrajaya Equestrian berkongsi kemeriahan berbuka puasa bersama-sama kita.
Restoran Rellagra Putrajaya Equestrian membawa tema The Aroma Of Ramadhan bagi ramadhan buffet 2017. Sebelum nak ceritakan pasal menu, kat sini sesuai untuk dijadikan lokasi untuk berbuka dengan rakan sepejabat. Suasana yang tenang dan jauh dari bandar memang menaikkan aroma “Romantika” dan “Peace” jika berbuka disini.
Serius, sambil menunggu waktu berbuka, dapat meilhat suasana padang menghijau sangat memberikan ketenangan. Tambahan lagi, jika nak berbuka di Putrajaya Equestrian ini bersama keluarga yang ada anak kecil, pasti mereka bertambah teruja melihat dan dapat menaiki kuda sebelum berbuka.
Menu Ramadhan Buffet di Restoran Rallegra Putrajaya Equestrian 2017
Bila tengokkan list menu yang disediakan dah cukup menambat hati. Tambahan ada pula kambing golek yang dinanti nantikan oleh sesiapa sahaja. Perapan kambing golek ini dah cukup mengujakan sesiapa sahaja untuk merasa keenakkan rasanya. Bukan senang nak makan kambing golek kan..melainkan jika ada majlis atau musim perayaan. Jadi inilah peluang keemasan dapat makan makanan enak disini.
Sate, Sup Ekor Daun Limau, Bubur Lambuk Berherba, Kway Teow, Pengat Jagung dan Pisang, Ikan Asam Pedas Utara, Lepat Pisang Inti Kepala, Buah Melaka, Tapai Pulut & pelbagai lagi lauk pauk seperti gulai kawah, masak lemak nenas, udang masak merah dan lain-lain disediakan.
Kiranya Putrajaya Equestrian adalah lokasi yang sesuai untuk berbuka puasa diluar pada tahun ini. Keluasan lokasi dewan makan yang boleh memuatkan seramai 300 pelanggan dalam satu -satu masa sangat selesa. Jika bawa anak kecil juga tiada maslaah jika ingin berbuka puasa disini. Sangat family friendly berbuka disini.
Jangan ketinggalan untuk kesini menikmati 130 jenis juadah dan ada juga live cooking untuk pelanggan yang sukakan masakan panas. Untuk solat maghrib ada surau disediakan di Ground Floor untuk lelaki dan wanita. Serius menang selesa. So, tak yah gundah gulana. Sini best..
Buffet Ramadhan Taman Equestrian Putrajaya
29 mei – 23 June 2017
www.tep.my
Early bird before 21May 2017 Rm68.00 only
Normal: Rm88.00 nett
Children : Rm44.00 nett
019-9307794
untuk belian tiket secara online boleh layari www.ticketonline.my/tep .
Berbaloi gak ni kalo harga Early bird.
Berbaloi gak ni kalo harga Early bird.. Dkna pun tak tau ada bufet ramadhan kat sini
Bestnya..
Ada peluang utk tambahkan berat badan ni..
Menunya nampak menyelerakan terutama pengat pisang tu. Harga early bird pun agak berpatutan.
Ohhsedapnyaaaaa . Kak nani meh bawa lisa pergi hahahah
Sdapnya tgk menu2 tu, kambing golek wajib a da mana2 buffet ramadhan kn