Pemandangan Senja di Pulau Langkawi

Menikmati suasana pemandangan senja adalah satu nikmat tak boleh nak di dustakan. Bukan selalu dapat peluang duduk tepi pantai sambil menikmati suasana ditemani anak-anak. Seronok sangat masa kami di tepian laut hari tu. Serius anak-anak pun suka, mana tidaknya dapat tengok suasana daripada cerah jadi gelap. Soalan Killer Angah :

Masa ini Ummi bagitau anak-anak  “Tengok Along angah, ini kuasa Allah…bumi ini tengah pusing”. “Ummi, tak rasa pun pusing Ummi!”- Angah

Hish budak ini – “Angah, memang la..adeh macamana nak bagitau angah ni..(sambil pikir..)Angah, betul…bumi kita tengah pusingg…”..Last sekali tak mau dia tanya lagi Ummi tukar topic tunjuk kan kapal-kapal yang ada..hahahah soalan Angah memang killer soalan..pening mak nak jawab  nak oii! Ummi sempat snap beberapa keping gambar sunset di sini, memang buat Ummi rasa tenang dan jiwa rasa best sangat. Dah lama tak berkesempatan nak menikmati suasana macam ini. Kalau duk pulau hari-hari pun bvelum tentu dapat, sebab waktu begiini biasanya baru balik kerja dan tengah bersilat kat dapur. Siapa setuju?

Puisi Senja :

senja….

setiap petang pasti akan tiba

jika tiada hujan atau jerebu yang melanda

kilauanmu pasti memukau

begitulah kehidupan kita

sentiasa mahukan semuanya sempurna dan menepati kata hati

sedangkan mereka tidak tahu, disebalik awan mendung dan jerebu itu, setia menanti sang mentari

Nukilan  : Syazwan

Dzikir yang Dibaca di Waktu Petang

(Dari tenggelam matahari atau waktu Maghrib hingga pertengahan malam)

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

“Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.”

[1]

Membaca ayat Kursi

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا، وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Allah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi-Nya tanpa seizin-Nya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha besar.” (QS. Al Baqarah: 255) (Dibaca 1 x)

Faedah: Siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang.[1]

Comments

    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge