Alhamdulillah dapat kesempatan hadir ke majlis perlantikkan duta dan pelancaran Single Terbaharu Noraniza Idris “Permata Saadah”. Ini bukan kali pertama bekerjasama dengan Kak Ani selepas program  dan rakaman , PENYANYI DARI PELBAGAI GENRE BERGABUNG TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA , KEKK 2016 Buka Mata Masyarakat Penting Ilmu Kemahiran .

Majlis Perlancaran Dan Perlantikkan Duta Permata Saadah. Noraniza Idris juga lembali dengan single terbaru iaitu Permata Saadah. Singe ini merupakan single kedua selepas lagu irama Malaysia ” Wangikanlah hatimu ” yang dilancarkan pada 21 Februari 2017.

Lagu Permata Saadah berentak Zapin Fusionmenerusi genre Pop Tradisional. Irama lagu ini menjadi inspirasi kepada lambang keunikkan dan kekuatan semangat seorang wanita secara dalaman dan luaran yang sentiasa cekal dan bijak. Eh! Uols wajib dengar lagu ini tau! Siapa dah dengar , Ummi tujukan lagu ini untuk uols semua, dengan rasa cinta tulus dari hati.. (muahh) .

Single Terbaru “Permata Saadah”

Single Terbaru “Permata Saadah” di taja sepenuhnya oleh Permata Saadah (M) Sdn. Bhd . Kak Ani juga di lantik sebagai duta bagi tempoh 2 tahun oleh Syarikat Permata Saadah. Lagu ini jika di teliti liriknya amat sedap dan ditujukan khas untuk ibunda dan isteri tercinta Tuan Muda Mohd Syahid Abdal  Bin Kamerudin iaitu pemilik Permata Saadah Catering.

“Permata Saadah” bermaksud kebahagiaan yang tidak ternilai. Oleh sebab itu, kata Tuan Muda Syahid:

“Setelah perbincangan dibuat pihak kami bersetuju bekerjasama dengan Kak Ani (Noraniza Idris) bagi mengalunkan lagu ini dalam melodi irama Malaysia. Kami juga ingin memartabatkan dan menyelamatkan irama Malaysia dan ingin mengangkat irama Malaysia di mata dunia.”

Latar Belakang “Permata Saadah”

Permata Saadah timbul apabila Kak Ani mula mengenali Tuan Muda Mohd Syahid  yang merupakan OKU dalam sebuah program keusahawanan ibu ibu kota. Keterujaan Kak Ani mengenali lelaki hebat ini , akhirnya membawa mereka ke meja bulat dan sehingga kini mereka teah berjaya mendapat kata sepakat untuk bekerjasama. Kak Ani tertarik dengan usaha gigih seorang pemuda OKU yang mampu menjadi usahawan hebat. Ini jelas , tanpa kesempurnaan fizikal bukan bermakna tidak boleh menempah kejayaan.

Permata Saadah Event & Catering 

Permata Saadah menawarkan harga mampu milik untuk pakej perkahwinan dan sebarang majlis. Ianya bermula dari RM7.90 sahaja bagi seribu pek. Murah dan bila UMMI sendiri rasa masakan yang disediakan , memang tak menyesal jika mendapatkan perkhidmatan daripada Permata Saadah Event & Catering.

permata saadah

Permata Saadah Event & Catering

No.33, Jalan BRP 6/13,  Bukit Rahman Putra 47000 Sungai Buloh Selangor

No Telefon : 03-6151 8844 (Office) – HQ Online 018-9888 504

Laman Web : www.permatasaadahcatering.com

Media Sosial : @permatasaadahcatering @permata_saadah_official

 

3 thoughts on “Majlis Perlantikkan Duta & Pelancaran Single Terbaharu Noraniza Idris “Permata Saadah””

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *