Review Produk Dan "Event"

KEKK 2016 Buka Mata Masyarakat Penting Ilmu Kemahiran

KEKK 2016 Buka Mata Masyarakat Penting Ilmu Kemahiran

Hi semua, semalam ini Ummi berkesempatan untuk hadir lagi sekali ke KEKK 2016. Hari Selasa lepas Ummi dah pergi untuk majlis pelancaran. Sebabkan terlalu excited, Ummi dah set masa untuk pergi dalam 3 hari KEKK 2016 diadakan.

Ummi sampai dalam jam 2.00 petang. Masa ini baru bermula acara pentas persembahan yang dikelolakan oleh Noraniza Idris ( NIPVSB). Anak-anak Ummi excited tengok tari menari ini.Kami sempat jalan-jalan ke dewan pameran lain dan saksikan pelbagai lagi pertandingan kemahiran. Apa yang menarik perhatian Ummi, ada pertandingan kemahiran kecantikkan, food serving dan juga elektronik.

Selain itu, yang menarik perhatian Ummi dan anak-anak adalah servis potong rambut oleh pelajar IKBN Kuala Kubu Bharu dengan kos hanya RM1.00. Along Berjaya mengubah penampilan di booth ini. 

Jpeg

Bagi yang datang ke KEKK 2016, ada borang disediakan dan perlukan 6 cop untuk menebus mini mascot. Boleh dapat percuma, syaratnya kena lalukan sendiri aktiviti yang disediakan untuk dapatkan cop.

Baca juga : Noraniza Idris Usaha untuk tambah giat ilmu kemahiran kepada anak muda.

kekk 2016 kekk-2016-2 kekk-2016 noraniza-idris-1 noraniza-idris-2

Persembahan Artis Noraniza Idris Production Venture Sdb.Bhd Penampilan khas yang menarik perhatian petang tadi adalah persembahan daripada Aida Jebat. Masa ini memang “full house” depan pentas utama. Artis lain yang hadir adalah Ayda Jebat, Fedri Yahya, Fadzlee Sufri, Khai Bahar, Eka Sharif, Dalilia Merda dan ramai lagi.

NORANIZA IDRIS

KEKK adalah satu program yang wajib hadir bagi semua lapisan masyarakat. Waima anak-anak hadir juga baik. Disini minda anak-anak, pelajar dan juga golongan dewasa dapat diperluaskan.

KEKK jelas memartabatkan profession yang melibat kemahiran. Jelas setiap orang di dunia ada keistimewaan masing-masing. Jadi balik dariapda KEKK 2016 tadi, Ummi ada bincang dengan Mr Suami.

“Anak-anak kita tak boleh di paksa belajar sehingga Universiti. Jika mereka ada kemahiran atau minat bidang kemahiran sebagai ibu bapa kita perlu sokong mereka. Jelas di KEKK 2016 ini, setiap profession akan mengubah nasib dan hidup seseorang .Yang utama ada kehendak dan keinginkan ingin mengubah nasib diri”.

KEKK 2016

Komen Ummi tentang KEKK 2016 Dan Usaha Murni Noraniza Idris Production Ventures Sdn bhd

Inisiatif Kak Ani , Noraniza Idris Production Venture Sdn Bhd, dalam mempromosikan Zapin dan tarian serta penyanyi tempatan di Pentas Utama adalah satu usaha yang perlu di puji bagi memartabatkan industri di mata dunia. Usaha kak Ani dalam memartabatkan industri amat dipuji. Sebagai artis berpengalaman, usaha yang dijalankan amat baik. Kak Ani sendiri adalah seorang artis yang banyak pengalaman, jadi usaha nya kearah untuk menjadikan anak muda yang berminat seni dan kemahiran dalam tari menari adalah satu usaha murni. Tindakan dan usaha artis yang lebih berpengalaman ini amat wajar dan usaha ini perlukan sokongan kita sebagai orang awam dan masyarakat.

Jadi jangan tunggu lagi, hari ini hari terakhir konvensyen diadakan.Datang ramai-ramai dan pelajari ilmu disana. KEKK bukan sekadar konvensyen dan eskpo tetapi persidangan ilmu yang memberi manfaat kepada ramai orang.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *