Isu

Keperluan servis motor ikut masa yang ditetapkan, tapi kenapa?

Keperluan servis motor ikut jadual.

400i. Berat tapi selesa untuk pemanduan jauh.

Uols suka naik motor? Heheh Ummi memang peminat motor. Boleh kata “rider wanita”.

Cuma keperluan nak ride jauh tu masuk tidak berkesempatan. Ye la, anak-anak kecik lagi kan. Takkan nak tinggal. So, ride pergi dan balik kerja jer la pilihan yang ada.

Perlu ke servis motor Sym VTS 200  dan motor lain ikut masa?

400i. Berat tapi selesa untuk pemanduan jauh.

Ini ramai yang tanya. Jawapannya, mestilah bagi nak pastikan keadaan motor yang terbaik. Nak pastikan motor dalam keadaan yang tip top.

Servis pada masa yang ditetapkan sangat penting. Yer la, kita bukan pakar dalam penjagaan motor. Jadi, perlu sangat hantar ke kedai untuk servis. Ummi biaaa servis motor Sym VTS 200 Ummi kat Cheras, FZS Motor.

Kat sini memang tempat ahli motor berkumpul. Kira kalau pengguna skuter dah tau sini port untuk baiki motor. Harga pulak, kalau dah jadi member serius berbaloi. Kali pertama servis dulu dapat jimat RM50.00. Siapa nak bagi RM50.00 for free kan?

Penunggang dan peminat SYM daripada VTS200 sehingga 400i semua berkumpul disini. Kira sini tempat lepak la. Depa siap buat ride ke Penang , Krabi dan banyak lagi tempat lain. Respect sangat pada penunggang motor ini.

Ummi yang naik setiap hari sejam pun dah rasa letih. Inikan pula nak pergi jauh-jauh.. huh! Tak dapat nak banyangkan. Yang pasti mesti menyeronokkan.

Ingat servis motor ikut jadual satu keperluan tau! Jangan pandang remeh keperluan servis motor. Sekali terlepas pandang bahaya dan boleh bawa padah kepada penunggang.

Kenapa Penting Servis Motor Ikut Masa:


1) Tukar minyak bagi melancarkan aliran motor.
2) Minyak break di cuci, penting untuk make sure break berfungsi dengan sempurna.
3) Filter kena tukar bila sampai masa yang dah ditetapkan. Motor akan jadi lancar tanpa semput.
4) Balancing motor jadi lebih sedap untuk bawa setiap hari. Selesa dan selamat.
5) Servis baik, motor baik, pemanduan selamat. 😍

Okay, selamat menunggang semua. I love VTS 200 and 400i.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *