Hi semua, nak tanya orang perempuan ni sama ke kita? Ummi atau mama yang baca blog Ummi ini suka shopping? Elehh, yer la tu…Ummi nampak duk mengangguk tu 🙂Nak tahu? Ummi memang pantang! Hahaha pantang kalau ada internet, lepas tu mula la macam gatal jer tangan nak google! Hahahah aduii, penyakit yang sentiasa menyelubungi jiwa. Hati meronta-ronta kalau tak dapat google atau search baju baru, fashion muslimah terkini. Yang geram tapi suka tu , terjumpa lah pulak website http://www.haqqi.com.my. Cuba teka, ada ke Ummi ter “shopping”?
Minggu lepas “tershopping” koleksi baru daripada Aidijuma. Terbeli masa online sebelum tidur. Adus! Tapi puas hati tau, bila dah dapat rasa nak lagi jer. Aktiviti sama berlaku lagi selang beberapa hari! Hahahaha ampun mak!!
Ummi mencari-cari baju muslimah. Tengok juga koleksi untuk Umrah, sebab ada plan nak ke sana beberapa bulan lagi. Ingat nak buat persediaan awal. Umrah antara impian Ummi tahun ini.
Itu yang semangat nak shopping dan buat persediaan awal. Bila dalam duk belek instagram, Ummi terjumpa dengan website www.haqqi.com.my. Mula la view satu persatu, sebabkan la ni trend pakai sut. Maka terus tekan butang “Wanita”. Yes! Website ini ada jual sut.
Apa lagi, screenshot la dan wassap kat Mr Suami. Hahahah walaupun duk bersebelahan guna juga aplikasi wassap. Senang , Ummi dah berkenan dengan satu sut ini. Cuma tanya suami warna pilihan jer.
Ada juga baju lain Ummi berkenan. Tapi untuk kali ini Ummi terus pilih Jubah Seluar Medina. Senang sangat belian guna portal ini, terus pilih dan klik add to chart. Pilih la berapa banyak yang suka. Nanti keluar details untuk kita penuhkan, seperti alamat dan juga nombor telefon.
Serius mudah sangat. Ummi suka shopping online, mudah dan sambil baring pun boleh membeli. Opss, ampunlah bahaya sangat ada duit dalam bank ini! Asyik ter “beli ” jer… Rupanya henset bukan sahaja bahaya sebab radiasi, tapi rupanya henset mampu hisap duit dalam bank! Arghhh
Haqqi .com portal online yang selamat dan mudah
Serius, sehari jer sampai tau! Buat online banking dan dalam masa 1 atau 2 hari sampai. Terus boleh pakai . Nak mudah kenal pasti saiz kita sendiri, bahu berapa dan lain-lain ukuran. Jadi lepas ini ada jer majlis dah tak risau, layari www.haqqi.com.my dah ada baju baru nak pakai. Tak lah bosan nak OOTD kan..hehehe biasalah wanita kan! Opsss… ootd pun jangan sampai dedah aurat tau. Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat wangi sekalian.’
Barangan keperluan Umrah
Selain baju keperluan Umrah dan fesyen terkini ada juga di sediakan keperluan lain untuk haji dan umrah. Contohnya cream, shampoo dan lain-lain produk yang dijual secara loose dan juga set. Kiranya lengkap lah jika nak shooping disini.
Berkaitan : Gaya Muslim Dengan Fesyen Daripada Haqqi
Ummi dah jumpa koleksi kesukaan dan juga portal yang menarik serta mudah untk shopping. Jika uols jenis suka pergi ke kedai, boleh jejaki alamat Butik Haqqi . Maklumat lanjut seperti di bawah.
Butik HAQQI
No 13 & 15, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000, Shah Alam , Selangor
(Sebaris dengan JAKEL Shah Alam)
No. Telefon: +60 3-5523 4798
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/haqqi.com.my/
FACEBOOK: https://www.facebook.com/haqqi.com.my/
TWITTER: https://www.twitter.com/my_haqqi
WEB : http://www.haqqi.com.my
Mar pun beli kat website ni heeeeeheeeeheee!
cantik .. sesuai ngan akak
Bru tahu ada website ni.