PIES Dream Board Bantu Realisasikan Impian Ummi nak pergi Umrah

Alhamdullillah berkat keberanian berimpian, Ummi berani buat pies dream board. Dan menariknya, nak dapatkan impian ini bukan ambil masa yang singkat. Ada pies dream Ummi dari tahun 2013 masih tak tercapai. Tapi banyaknya tercapai. Kuasa visual dan rezeki daripada ALLAH swt.

Bagi tahun 2017, Ummi masih dalam proses berusaha. Yang mana dah lakukan dan menampakkan hasil adalah mendapatkan makanan sihat setiap hari dan juga belajar A-quran. Belajar Al-Quran ini lambatnya date Ummi bagi. Tapi mungkin masa nak buat ini untuk dapatkan kefahaman tu yang ambil masa sampai 2025. Syukur, tahun ini Ummi dengan suami dapat ustaz yang sanggup ajar kami dari awal menegnali al-quran.

Ustaz sharifuddin dari Baka Bukit Aman , sanggup meluangkan masa kerja untuk kami belajar. Biasanya waktu free tengahari dalam jam 12tghari, Ummi dengan Suami pergi ke pejabat ustaz. Che Dein nama gelaran ustaz. Kami mula membaca dari surah An Naba’ . MasyaALLAH rasa di jiwa tu seronok sangat bila dapat aplikasikan ilmu ustaz.

Ummi rancang Umrah pada tahun 2018. Namun begitu, mungkin Allah swt akan awalkan pada bulan 12/2017. Ummi berniat akan bawa mak sekali bagi menghargai mak. InsyaAllah dalam perancangan yan akan pergi mak, suami dan Ummi. Anak-anak akan ditinggallakan dengan pegasuh sebab jangka nak pergi masa cuti sekolah. Doakan urusan kami dipermudahkan ye.

Survey Pakej Umrah :

Masih lagi mencari travel agent Umrah yang bakal kami ambil. Banyak pakej berbeza, cuma bila cuti sekolah maybe kos agak tinggi. Niat kami nak pergi umrah biasa sahaja. Jadi kos mungkin tak semahal sekali dengan lawatan.  Ummi tengok di website ada jadual sehinggan JUN2017. Jadi untuk bulan 12 Ummi kena selalu semak. InsyaAllah akan dipermudahkan. Doakan ada rezeki kami bertiga kesana. Amin

Menarik : Kenapa Aku Pilih TYZARA

AIR ASIA X – JUN 2017
3
TARIKH BIL HARI HARI BER-4/5/6(RM) BER-3(RM) BER-2(RM)
4
PERTENGAHAN RAMADHAN
5
01 JUN – 12/13 JUN 13H/11M KHAMIS 5990 6490 6990
6
03 JUN – 14 JUN 12H/10M SABTU 5990 6490 6990
7
05 JUN – 15/16 JUN 12H/10M ISNIN 5990 6490 6990
8
07 JUN – 17/18 JUN 12H/10M RABU 6390 6890 7390
9
08 JUN – 19/20 JUN 12H/10M KHAMIS 6490 6990 7490
10
10 JUN – 21 JUN 12H/10M SABTU 6590 7090 7590
11
AKHIR RAMADHAN
12
12 JUN – 22/23 JUN 12H/10M ISNIN 6890 7390 7890
13
14 JUN – 24/25 JUN 12H/10M RABU 7190 7690 8190
14
15 JUN – 26/27 JUN 13H/11M KHAMIS 7490 7990 8490
15
17 JUN – 28 JUN 12H/10M SABTU 7490 7990 8490
16
19 JUN – 29/30 JUN 12H/10M ISNIN 6590 7090 7590
46
HARGA “ALL IN”termasuk cukai dan tarikh penerbangan tertakluk kepada perubahan harga tiket
47
kapal terbang,surcaj minyak dan cukai lapangan terbang.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge