Doakan rezeki yang di peroleh adalah berkat dan dari sumber yang halal

Hi semua, apa khabar? Tengah bulan ni ada yang dah berkira-kira duit dalam tangan baki yang ada. Sebenarnya, apakah cara efisen nak berbelanja setiap bulan? Siapa ada jawapan?

Bagi Ummi, setiap sen yang ada mesti direkodkan. haaa! Jangan terkejut, bukannya kedekut, tapi dengan amalan ini selama beberapa tahun kebelakangan tahap kewangan keluarga makin baik.

Tapi jika rezeki masih tersekat, apakah sebabnya ?

Bagaimana urusan perbelanjaan bulanan keluarga?

Ummi dah buat jurnal kiraan bulanan. Kiranya gaji suami dan juga gaji Ummi, mestilah % perbelanjaan sama. Dan baki yang ada di tangan juga sama. Ini baru adil.

Kami hanya berbelanja sebulan sekali bahan wajib ada. Contohnya, pampers ,susu anak dan makanan kering serta mandian dan sabun. Setiap bulan perbelanjaan bahan seperti ini mencecah Rm600.00 dan ini cukup untuk 1 keluarga kecil kami selama sebulan.

Baki setiap minggu hanya Rm100.00 sahaja untuk di belanjakan bagi makan dan minum setiap hari 3x sehari. Cukupkah? Ini ramai yang bertanya. Ya cukup, sebab kami rancang perbelanjaan. Setiap hari makan dan minum Ummi dan suami kalau di pejabat mesti tidak lebih Rm15.00. Atau, kaedah lain kami makan makanan yang kami bawa bekal dari rumah. Sangat menjimatkan duit belanja dapur.

Bagi makanan harian di rumah, cukup sekadar nasi ,ayam goreng, atau ikan dan sayur. Ada kala, malam hari kami hanya makan bihun goreng atau roti bakar. Cukuplah sekadar makan untuk kenyang.

Itu bab makanan, bagaimana pula perbelanjaan untuk fun? Kami hadkan sebulan sekali atau 2x jika perlukan belanja besar. Fun atau bersuka ria seisi keluarga tak perlukan belanja besar.

Amalan melimpah rezeki

Jika tak perlukan belanja besar? Antara aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga adalah:

Beriadah di kawasan taman rekreasi.

Kami seisi keluarga suka berada di Taman di Bandar Tun Hussin Onn berdekatan dengan AEON BIG. Kat sini ada kawasan jogging dan taman permainan kanak-kanak. Ummi dengan anak-anak suka kesini, sebabnya banyakkk sangat ikan besar melompat sakan! Baling jer roti, penuh berkerumun ikan besar dan kecil berebut makanan. Meriah sangatt!!

Bermain Badminton Di Court Semenyih.

Kat area rumah ini ada court badminton. Sejam Rm15.00 untuk 1 court. Ini pun dah cukup untuk pecah peluh.Anak-anak pun seronok. Yang penting badan sihat keluarga pun happy.

Jadi perbelanjaan bulanan keluarga boleh diuruskan dengan baik, jika setiap belanja di rekodkan dan ditulis. Mudahkan? Boleh mulakan sekarang?

Ini doa yang diamalkan supaya rezeki yamg diperoleh berkat dan sentiasa cukup. 😄

Doakan rezeki yang di peroleh adalah berkat dan dari sumber yang halal

 

2 thoughts on “Bagaimana nak urus perbelanjaan bulanan keluarga?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *